Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170911

Rumah Lama, Rumah Baru kami

 Soon,

Insyallah,
Kalau tak ada apa-apa halangan tak lama lagi kami akan pindah rumah baru. Doa-doa kan harap cepat-cepat dapat kunci.

Bukan rumah baru, rumah lama, kecil je.
Sekali-sekala datang tengok rumah ni.. Tak sabar juga nak merasa hidup di rumah sendiri. Bertahun dah menyewa, baru merasa nak duduk rumah sendiri.

Masa 1st time tengok rumah ni, bulan 1 hari tu ada lagi penyewa. Sekarang nampak kosong je. Lalang pun dah penuh. 

Risau tengok pokok kayu yang naik celah rumah tu, makin besar. Rosak simen rumah. 

Ni bahagian belakang rumah. Semak sangat dah. 

Sejak berkira-kira nak pindah tak lama lagi ni.. aku giat pasu kan pokok-pokok kesayangan. Konon nak bawa semua pokok-pokok ni nanti. Tak tahulah, muat tak. Rumah kecil, laman pun kecil je...

10 ulasan:

  1. Kalau duduk rumah snediri macam ni senang kan PB...nak hias ikut suka kita...kena tebang cepat tu pokok tu..nanti takut habis retak dinding dan simen..banyak plak belanja nak repair nanti

    BalasPadam
  2. bestnya dah ada rumah sendiri..:)

    BalasPadam
  3. Wah, gigih nak pindahkan pokok2 kesayangan..
    Berseri la rumah baru nanti dpt tuan yg rajin mcm PB :)

    BalasPadam
  4. inshaAllah moga dimudahkan urusan untuk berpindah kerumah sendiri

    BalasPadam
  5. Oh, dah dapat beli rumah ya PB! Alhamdulillah.

    Tinggal tunggu masa ajelah nak pindah ya. Ni dah takda orang duduk, kenapa tak pindahkan aje barang-barang sikit demi sikit dan kemas kawasan rumah. Dah boleh start bercucuk tanam ni rasanya bila settle hapuskan rumput & lalang nanti!

    BalasPadam
  6. biarla kecik ke apa tp umah sndiri feelnya lain dr umah org... aduhla nengok lalang jd serabut... lagi2 belakang umha tu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah babe..duk umah sendiri nie feel die lain..ko nak mendeco mcm mana gaya, ko nak renovate mcm mana rupe pun boleh..xpe babe, belakang ngan depan tuh nanti lama2 cantik dengan pokok2 bunga dgn tanaman ko..

    BalasPadam
  8. kecil pun rumah sendiri...lapang dah hati

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah ada rumah sendiri. Nanti share la deko2..

    BalasPadam
  10. Tahniah PB...
    Mmg seronok bila nak pindah rumah sendiri ni. Tak sabar rasanyakan...
    Kecik ke besar ke yg penting ada rumah.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...