Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170131

DIY Kotak Makeup


Assalamualaikum, masih bercuti ke? Selamat Tahun Baru Cina. Kalau ikutkan aku pun masih dalam mood cuti ni, awal-awal lagi dah apply cuti hari ni.Tambah lagi bos dah bagi cuti dari hari Jumaat lagi, Khamis tu pun, balik awal sikit..cuti betul. Plan asal nak balik kampung, then dengar banjir teruk jalan nak balik Kelantan, plus abang pulak ada kerja tiba-tiba jumaat dan sabtu tu. Then, cancel je plan nak balik kampung. Duk rumah, tidur sampai puas hati, sambil menyepah dan mengemas rumah. Sambil kutip-kutip sampah nak buang, jumpa macam-macam kotak.


Susun-susun kotak-kotak pelbagai saiza dua beranak dengan Luth. Luth dah naik excited bila mak dia buat sepah.




Tape dan gam kotak-kotak. Kemudian jumpa kertas pembalut hadiah yang nipis tu. Asalnya, ada beli bag, seller tu sumbat kertas pembalut hadiah nipis bagi kembung bag. Tampal-tampal je kat kotak, asal balut je.




Bila, dah siap, Luth jadi kagum. Siap tempat letak makeup mak. Malu nak ambil gambar yang dah terisi, sebab tak ada barang makeup pun, minyak angin banyak!


Seronok betul Luth, bila dah siap, dia pun nak juga. Cari lagi kotak-kotak mana yang ada lagi kat rumah. Belum guna pun dah buka kotak.


Teng, teng, siapkan Luth punya pula. Permintaan khas nak kotak doremon. Kertas pembalut recycle dari seller yang sama.



Bila aku susun segala super hero dia. Ayah dia buat tanya, tu berapa hari boleh tahan tu? 

Tapi Luth memang teruja...

Lepas ni, boleh buat lagi, next time ingat nak tampal dengan surat khabar, then warnakan dengan cat air..mesti cantik. 

20170105

Sebalang Macam Tak Cukup je

Macam pernah dengar tajuk entry ✌❤👀😄

My tok laki bawa balik pisang tanduk bertanduk-tanduk kat rumah.



Biasa aku kupas habis-habis kulit, tetapi kali ni terpengaruh dengan kerepek pisang dari saudara yang datang ke rumah hari tu..hijau-hijau kerepek pisang dia bagi.  1st time tengok kerepek pisang warna hijau. Aku kan obesisi warna hijau. 😋 Aku parut buang kulit nipis-nipis je. 


Lepas tu aku letak pewarna hijau...ngok betul, Habis hijau tangan aku, masa nak parut. 



Latak garam sikit dalam minyak. Lepas tu goreng sampai rangup.


Then, siap kerepek pisang mak memang hijau.

5 jam oi, aku nak siapkan 2 bekas ni. Sakit pinggan.
Nak makan pun rasa sayang..


20170103

Resipi Bergembira

Sediakan satu balang
 

Potong kertas berwarna-warni.

Setiap hari, tulis benda yang paling indah berlaku hari itu.

Contohnya, 1st time Luth tengok bunga api kat Putrajaya. 
Luth happy, kami happy. Thanks Allah.



Masukkan dalam balang.


  

Simpan.

Life is sweet.



Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...