Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170215

Apa Khabar Orang Kampung

Minggu lepas cuti Thaipusam kami balik kampung. Ambil cuti tambah lagi, lama sikit boleh duduk kampung.

Malam-malam sunyi ke kat kampung balik hari tu. Tak macam biasa. Iyalah, tak lah meriah macam Kolumpo tapi sunyilah dari hari-hari biasa dulu. Kalau dulu, bila Cik Abe balik kampung, muhu tak tidur malam duduk bersembang, berbual sampai ke subuh.

Sejak getah naik harga ni, semua tidur awal. Nak bangun pagi, pergi nyuluh, pergi motong getah nanti.. Senyum manis je semua orang kampung jumpa. Nampak semuanya segar, sihat je..




Moga-moga senang selalu orang kampung kita.

20170208

Biji lada kering dah jadi pokok lada


Beberapa hari lalu, sepupu encik abang datang rumah. Dari bilik belakang rumah boleh nampak ada pokok lada. Masa tu, ada buah lada yang merah-merah sedang masak.



Bila aku cerita, pokok lada ni asal biji lada kering. Dia jadi teruja nak tanam juga. Ha,ha, siap pesan kat  husband dia nanti balik nak cari lada kering…




Asalnya benih lada tu dari biji lada kering. Mulanya, dia macam tak percaya juga, boleh ke tanam biji lada kering? Ye, boleh. Pokok lada ni, bukan pokok lada kering pertama yang aku tanam. Sebelum ni pun dah beberapa kali tanam.




Lada kering yang dibeli kat pasar tu, biasa aku belah buang biji sebelum direbus dan diblend. Bila kau ada sawan berkebun macam aku, semua biji yang kau jumpa kau akan feel nak tanam. Aku pernah kena sawan teruk bila minum air limau ais kat kedai pun, aku letak biji limau kasturi dalam tisu nak buat balik tanam. Oh my God. Masa tengah sawan lah..lepas tu, bila malas habis semua mati kekeringan pokok aku tanam tu tak terjaga.


Tanah sekangkang kera belakang rumah.



Biji lada kering yang aku tabur dah mengeluarkan hasil. Tabur je kat tanah. Untung-untung naik, dah naik. 

Senang betul aku berkebun.



20170206

Tanam Pudina kedua kali

My pakcik yang cepat terpengaruh sekarang ni suka minim teh lemon dengan pudina. Kalau beli kat pasaraya tu, seikat RM2, memang sampai layulah nak habis. Boleh sangatlah nak beli, berbaloi-baloi. Tapi rasa sayang je, bila guna sikit, dah start kering. Ingat nak tanam, tak tertanam-tanam jugak. Ni kali kedua kot tahun ni beli, kali ni awal-awal lagi pilih mana yang batang besar-besar tu..tanam terus kat tanah. Sayang, kalau kering biar sahaja..




Tanam pudina sangat senang. Macam tanam daun kesum. Pacak-pacak sahaja, nanti dia berakar. Janji tanah lembap. Tambah-tambah musim hujan sekarang. Pokok ni memang jenis suka musim hujan. Suka air kot.


Sebelum ni pernah tanam juga, tapi tak subur. Kurus-kurus dan makin lama makin mengurus. Terus aku campak je. Buang. Kali ni harap membesar dengan gemuk.



Daun kesum tanam dalam pasu ni kena rajin tukar tanah. Bila akarnya dah banyak sangat, macam dah tak subur. 


Alang-alang tanam pudina, tanam balik sekali daun kesum.



Potong-potong pucuk baru dan pacak balik dalam pasu baru. 



20170203

Cabaran Mengajar Luth Iqra’


Sekarang hampir setiap malam, kami berusaha ajar Luth baca iqra’. Ya Allah, teruji betul mengajar Luth. Tak sampai setengah helai baca, dia dah buat hal. Macam-macam. Lapar, sakit, batuk, nak muntah.


Rasanya dah dekat sebulan kot start ajar dia Iqra’..sampai sekarang asyik lupa huruf ‘Ta’. Kalau mengaji dengan tok guru, tak tahulah berapa lama baru boleh beralih ke ‘Sa’. Tapi, aku dah langkau, sekarang sudah sampai huruf ‘Ha’ tapi bila jumpa huruf ‘Ta’, tetap lupa…

Aku suruh dia lompat sambil sebut 'ta, ta, ta...' pun lepas beberapa saat. Lupa.
Geletek sambil buat bunyi...'ta..ta..tata..pun lupa.
Padahal dia pelat 'ta'.


Geram betul. Sabar betul mengajar dia mengaji. Kalau ayah dia mengajar, dengan hanger lah jawabnya. Kalau orang dengar dia bunya menagis macam kami laki bini dera anak. Lepas je, aku cakap. Okey, sambaing esok. Cepat-cepat dia simpan iqra’, terus ketawa mengilai-ngilai. Drama sangat.


Tahun ni dah 4 tahun, harap-harap tak terlewat lagi mengajar dia baca Quran.
 
Luth dengan tokma berjalan kat Putrajaya New Year baru ni.

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...