Inquiry: petakbunga@gmail.com

20190129

Pandai Panda


My Luth sayang dah enam tahun ni. Masih anak tunggal, belum ada rezeki kami. Doa-doakan bertambah ahli tahun ni.

Cikgu post gambar ni group whatapp. Alohai anak, semua kawan-kawan warna bear cantik-cantik semua. Geram betul aku, Luth selalu ngelak kalau suruh warna. Dia paling tak suka mewarna. rela buat matematik kira-kira dari suruh dia mewarna..


Hari-hari tanya belajar apa kat sekolah.. dia cakap belum belajar lagi, cikgu suruh kaler-kaler jer… Oit dah nak habis bulan pun belum belajar. Mewarna-menyanyi dia tak kira belajar kot.


Balik rumah aku tanya dia, kenapa tak warna bear macam kawan-kawan lain...

Luth buat Panda, kawan-kawan Luth buat Bear. Panda paling kuat, makan Bear.. Panda menang...
Mak Luth... okey......

#Kerja makin stabil. Musim sibuk pun dah habis. Hujung-hujung. Alhamdulillah semua nya makin baik-baik. Kadang-kadang datang ofis termenung, fikir nak buat apa. Eh…Ingat nak isi kekosongan (ceh) dengan kembali menulis… tetapi skill menulis belum datang lagi. Kena mula dulu, baru datang kot… Sedih betul setahun 2018 1 entry ciput je..



Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...