Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170918

Hadiah dari Tok Laki


My tok laki bawa ballik pokok ni semalam.

Mula-mula dia cakap nak ke tak ni? Aku tanya pokok apa? Dia jawab pokok ketum.

Huh, tak kuasa aku nak tanam pokok ketum.. Sampai ke petang, aku tak usik pun pokok ni.

Petang tu dia tanya lagi, ‘nak tak? 20ringgit tu, kalau besar sikit RM40. Beli dengan Bullah”
‘Nak buat apa?’
‘Kata hari tu nak? Pokok tin tu’

Aku, hah! Ya Allah, kata minat pokok tin, pokok tin pun tak kenal. Mati-mati aku ingat pokok ketum betul tadi.. Gembira betul dapat pokok tin pertama.

Sudah lama aku nak pokok tin. Pokok yang diidam-idamkan ni. Group fb Pokok Tin pun aku joint. Aku cakap kat my tok laki, nanti kaya nak beli pokok ni. Tengok orang jual tut pokok ni pun harga dah mencecah ratus. Oi, mahalnya. Hari tu tengok ada orang offer keratan murah, tapi risau takut tak hidup. Orang cakap, susah nak hidup keratan dia kalau tak biasa.. Simpan je cita-cita.


Pokok tin dah transfer ke bekas besar. Hidup suburlah kau ye... . Variety apa? Entahlah. Pokok tin pun baru tahu...

5 ulasan:

  1. Tok laki tu pun satu, ada ke ketum, mau masuk lokap nanti..
    Ada kwn enSuami jual, dia tut sendiri, area puluh2 jgk harganya.
    Klu beli dr sg buloh tu, mmg ratus2..

    BalasPadam
  2. Pandai Tok Laki ngusik...
    Laki ni kan, bukan pandai nak tunjuk roamtik... hihihi
    Akak pula teruja nak tunggu buahnya... nyum nyum!

    BalasPadam
  3. alahai romantiknya..dapt hadiah pokok tin

    BalasPadam
  4. hahahaha... tu lah jual mahal, lenklai tgkla dulu, nsb tak kering pokok tu, klu tak nangis pun takde gunanya

    BalasPadam
  5. comel je hadiah tok laki bagi >,<

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...