Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160316

Ros Kampung

Baru je tanam beberapa bulan yang lepas dari keratan batang, ambil kat kampung. Kecil lagi pokok dia, tapi rajin sangat berbunga. Tumbuh satu dahan, keluar putik bunga. Tetapi bunga dia tak tahan lama, cepat je kelopaknya macam lebam, buruk. 

Sayang juga, sebab ni lah satu-satunya pokok bunga ros yang aku tanam sejak jadi rajin berkebun ni..

Sejak terrajin berkebun ni, tak ada lagi pokok yang aku beli.. ishk dasar kedekut. Tapi, teringin sangat nak beli pokok bunga ros yang cantik-cantik tu.. nak yang merah menyala macam darah pekat tu... 

20160315

Rak tempat letak pokok dirasmikan

Lama betul aku order rak ni.. aku patut cancel je order rak ni...

Tahun lepas lagi order. Minggu ni baru dapat, baru rasmi...


Tengok pasu-pasu kat bawah masih kosong lagi.. aku main tabur anak benih. Lepas tu pancut air paip dari jauh, habis patah anak pokok.. hik, hik..padan muka.

Memang kalau order barang dengan kaum kerabat ni, memang lambat boleh dapat. Ni pun dah puas aku merajuk dengan laki aku.

20160314

Roselle v, ais krim Roselle

Aku dah hilang ingatan pasal pokok Rozel ni.




Bila dia tiba-tiba tumbuh dan membesar kat tepi pagar ni?


Aku ingat, sebenarnya ada 2 pokok rozel. Satu pokok dah mati bila dahannya patah, budak-budak main-main kat tepi pagar.


Oleh kerana sekarang musim ais krim malaysia homemade. Maka terhasillah ais krim roselle masam manis sesedap rasa sedap dimusim panas selepas gerhana matahari.



Semua cerita pasal roseliiiiiiv.

20160304

Pokok lemon dari biji

Ingat lagi beberapa bulan yang lepas aku menyemai biji lemon

Siap kena sindir, laki aku cakap tahun depan dah tak payah beli lemon lah kita..

Pokok lemon ni paling cepat membesar, jadi dapat special duduk dalam pasu.

Faham, lemon yang ditanam dari biji payah nak berbuah. Katanya, lambat berbuah. Tak apa, mana tahukan boleh berbuah. Sekejap je setahun, dua tahun...sedar-sedar Luth pun dah tiga tahun sekarang. 

Pokok lemon tanam dalam recycle plastik sabun mandi. 

Keseronokan menanam dan melihat pokok lemon semaian dari biji makin membesar. Tuhan je tahu.. macam tengok anak membesar. 

Macam-macam perangai, tapi pokok ni tak buat perangai sangat. Cuma serangan serangga macam belalang yang suka sangat pucuk, daun lemon ni. Tapi lama-lama, dah bosan kot...biarkan je.


Kejam pulak aku tengok pokok lemon yang dah besar berumah gelas, tanam seciput. Ni pun dah banyak yang terbiar mati.Tak tahu nak letak mana dah. Boleh kata, semua biji lemon yang aku semai tumbuh..

20160303

Bunga Telang Biru, Bunga Nasi Kerabu

Aku baru juga tahu bunga ni nama dia bunga telang butterfly blue pea


Sebelum ni, aku panggil bunga nasi kerabu. Bunga ni lah yang ma aku letak dalam nasi kerabu jadi biru tu. Tak pernah guna pewarna untuk nasi kerabu.

Kat rumah aku, aku tanam kat pagar. Pagar sebelah jiran. Nasib dapat jiran sama semangat berkebun. 

Tapi jiran aku lagi semangat, bukan takat laman rumah...tanah-tanh terbiar kat mana-mana taman perumahan kami dia usahakan buat tanam sayur. 


Selain sebagai pewarna, rupanya ada banyak lagi khasiat bunga ni.

Kredit: http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-pokok-kacang-telang.html
  • Bunganya digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.
  • Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau. 
  • Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan. 
  • Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. 
  • Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.
  • Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. 
  • Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. 
  • Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.
  • Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. 
  • Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. 
  • Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak.

Aku dah start minum air bunga telang, pasal anak aku Luth suka petik bunga ni..dari dia buang-buang gitu. Aku suruh dia kutip, simpan untuk aku minum. Tak ada rasa apa-apa. Tawar je, cuma ada warna.




20160301

Tanam Serai dalam Air

Balik kampung raya cina hari tu my lovelly ma kirimkan batang serai. Macam serai tak ada kat sini kan. Biasalah jadi mak-mak, kalau boleh semua nak kirim kat anak kesayangan bawak balik. Nak anak makan hasil cucuk tanam kampung.


Gemuk-gemuk serai tanam kat kampung, padahal tak terjaga pun. Iyalah, mak aku pun dah migrate ke Bandar. Tinggalkan rumah kampung dan pokok-pokok yang pandai-pandailah hidup  sendiri.

Sebab banyak sangat barang dalam peti ais dengan barang dari kampung. Aku letak je batang serai ni kat luar.


Rendam dalam air je. Mula-mula letak je dalam air paip. 2, 3 hari aku tukar air. Nampak macam tak kering, nak hidup je… aku tukar dengan air tapis.

Berminggu-minggu lepas tu, batang serai ni aku tengok macam betul-betul hidup. Berakar cantik.

Daun yang dah dipotong, celah-celahnya keluar daun baru yang makin panjang. Hidup serai aku, rendam air je.

Bila nak guna, aku potong tinggalkan akar dan keluar anak pokok serai.


Rajin nanti, aku nak tanam kat tanah. Gantikan pokok serai kat laman aku yang hidup segan mati tak mahu.

Harap-harap boleh hidup.


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...