Inquiry: petakbunga@gmail.com

20161205

Yang Terbiar

Pokok-pokok aku dah terbiar, even banyak yang dah mati pun. Pokok betik yang dibangga-bangga hari tu, sepohon dah mati. Dua pohon lagi pun macam dah tunggu masa. Alhamdulillah dah merasa beberapa biji buahnya.


Rutin harian macam biasa, balik rumah dah pokul 6, sekejap berehat dah masuk magrib. Magrib awal sekarang, jadikan waktu siang rasa pendek. Memang jarang betul nak membelek pokok-pokok. Pandai-pandai sendiri.


Pokok bunga yang main tabur-tabur je nampak boleh survive lagi. Sekarang mood menanam pokok betul-betul tak ada. Siram pun tak, membaja jangan haraplah, nasib baik musim hujan.. Kadang rasa nak telengkup je pasu-pasu itu semua, macam mendera pokok pulak. Hidup dengan terseksa…



Harap next year dapat curi masa untuk update blog kembali...

20161010

Perkembangan Tanam Keledek


Beberapa bulan lalu aku ada tanam Keledek dari ubi keledek yang dibeli kat supermarket. 

Asalnya aku letak dalam plastik beras je..

Then, aku transfer kat dalam tayar kereta buangan. 


Hajat masa tanam hari tu ingat nak buat makan pucuk je, sampai ke hari ni..sekali pun belum pernah petik pucuknya.. Laki aku duk bertanya bila agaknya boleh makan isi keledek ni.. Aku macam tak konfident keledek ni boleh berisi memandangkan tanah yang tak berapa subur ni.. 

Tengoklah macam mana..kalau ikutkan dah 6 bulan ni tanam keledek.

20161007

Daun Serai Kayu

Ini salah satu ulam nasi kerabu, laksa dan laksam. Biasanya jenis ulam kerabu gini sama je bahannya. Kat rumah ada dua pokok, ambil kat kampung. Mak aku panggil daun serai, jiran-jiran kami panggil daun salam. 


Sebab aku tanam dalam baldi pecah dan tong cat je, pokoknya tak adalah besar mana. 


 Mak aku suka ambil daunnya buat gosok mandi. Katanya buat segar badan. Daun serai ni memang ada sikit bau serai (daun cam lalang tu). Tapi tak kuat sangat. Rasanya, serai kayu ni pun ada jenis-jenis jugak kot sebab kat kampung daunnya bau lagi kuat.

Aku memang jenis suka trim pokok..gatal je nak potong daunnya..Daun serai ni, bila dipotong makin galak keluar pucuk muda.

Setakat ni, aku cuma guna daun serai ni buat ulam kerabu je.. tapi setiap kali aku potong daunnya, jiran aku memang minta jangan buang. Buat masak macam mana aku tak pasti. 

20160927

Senangnya tanam mulberi

Ini pokok Mulberi kesayangan hamba. Bersimpang siul dahan. Orang kata kalau sayang nak cantas, buat prunning.  Itu yang  dahan jadi cantik sangat ni..


Lepas buat prunning, banyak dahan baru keluar. Bila keluar dahan baru, keluar buah.. Bila habis berbuah..daunnya je lebat. Then, my lovelly hubby botakkan habis pokok ni. Habis dahan-dahan muda dicantas.. beberapa minggu kemudian, buah-buah mulberi yang comel keluar dari celah-celah dahannya. 
Dahan-dahan yang dicantas dipacak-pacak dalam polybag.


Habis semua bekas ditanam pokok mulberi. Hampir semua dahan, hidup segar.


Dahan yang agak besar dan matang mula mengeluarkan pucuk baru.
Di celah-celah pucuk baru, keluar putik-putik mulberi.

Ada orang cakap buang dulu buah mulberi ni, biar pokok subur dulu.. Tapi bila tengok buah-buah mulberi yang comel, rasa sayang sangat nak buang.

Senang betul tanam mulberi.

20160920

Pokok Puding Orang dulu-dulu

Orang kampung tanahnya luas, 
Orang bandar tanah sekangkang. 
Dulu orang kampung, 
sekarang orang bandar, baru rasa nak menanam. 
Tanah pun kena beli ishk.

Ingat nak berpantun, tapi tak jadi..jadinya sajak. Bila selak-selak facebook, tengok orang berkebun bunga.. teringat balik masa budak-budak dulu.. Mak aku pun suka menan pokok bunga. Tapi, sejak dah pindah ni..semua pokok-pokok bunga tu dah jadi kenangan. Dulu, aku siap suruh buang lagi..rasa menyemak..haha... jenis tak tahu hargai pokok..ishk-ishk..

Bila tak terjaga, banyak pokok-pokok bunga keliling rumah dah mati. Atau dibuang, sebak menyemak..
Antara pokok yang panjang umur, pokok puding depan rumah mak. Orang bandar suka tanam pokok hijau-hijau, kami kat kampung suka pokok warna-warni pasal keliling rumah dah hijau, semak..haha..dululah..sekarang keliling rumah pun rumah anak cucu.

Aku pernah tengok orang tanam dalam pasu, cantik sangat daun dia bila kena matahari penuh...

Pokok puding merah ni pun unik.

Puding ni dah menyemak dengan pokok lain. 

Pokok puding ni, aku tak pasti ni dari sepokok atau dua pokok.. Sebelah macam kuning, sebelah merah. Macam lain-lain pokok. Lupa nak check.


Pokok puding ni dulu-dulu  orang tanam atas kubur. Sekarang aku tengok pokok tanam kat kubur pun dah lain jenis.. melur hibrid gitu..

20160919

Manfaatkan Aloe Vera Gemuk-gemuk Rumah mak

Lidah Buaya atau Aloe Vera rumah mak kat kampung gemuk-gemuk. Geram betul menengoknya.. 
Rugi kalau biarkan saja aloe vera yang terbukti banyak khasiat ni.. 

Masa muda-muda dulu aku suka sapu aloe vera kat muka, then lepas tu stop sebab gatal sungguh. Pelik betul aku, dah kata boleh buat ubat jerawat.

Rupanya, lendir kuning tu yang gatal..

Bila patahkannya.. lendir kuning tu akan keluar..biarkan keluar semua lendir-lendir kuning tu..

potong kulit, ambil lendir kat tengah tu.

Potong-potong, letak dalam bekas comel ni...
Masuk dalam peti ais, tersedia nak guna pada bila-bila masa.

20160906

Biarkan betik

Antara buah favorite kami sekluarga adalah buah betik. Maka, haruslah diladang kami ni..ada pokok betik. Biar betik? Ladang depan rumah sejengkal kami tanam pokok betik..hik..hikkk..

 Kagum tak?

Ada 3 pokok betik yang tengah berbuah sekarang.

2 pokok kat tepi pagar.  

Seronok betul tengok buah betik banyak-banyak. Cemuh lah makan betik kalau semua jadi ni..


Satu pokok dengan satu buah kat depan rumah.


Ni lah gambaran keseluruhan ladang betik kami. Seronok betul tengok pokok-pokok betik..

20160905

Pokok pisang dah tumbang

Pokok pisang dah ada sejak aku belum menyewa rumah ni lagi. Entah berapa generasi keturunan pokok pisang ni selalu subur dan berbuah..dah tak pernah menghampakan..

Sekarang ni dah start musim hujan, syukur alhamdulillah tak penat sangat nak menjirus setiap hari. Balik kerja petang hari tu, pokok pisang ni dah tersembah bumi. Patah lepas hujan. Berat juga dengan buahnya..

Aku tak tahu apa jenis pisang ni. Kata jiranku, pisang Serendah. Atau sebab aku tinggal kat Serendah orang panggil pisang serendah. Pokoknya, renek-renek je. Buahnya memang tak masak kuning.. 


Buahnya boleh tahan cantik. Tapi tulah, kami sekeluarga jenis makan pisang mentah. Pisang ni memang kurang sikit. Ambil 2 sikat je, peram kat rumah sampai sekarang tak tahu nak buat apa. Lagi, bagi kat jiran sebelah menyebelah.


20160829

Warna-warna vinca




Surprise sangat tunggu Vinca berbunga sebab benih ni aku beli benih campur. Tak tahu bunga apa yang akan keluar. Tunggu untung nasib...

Walaupun bunga baru keluar beberapa kuntum je... marilah tengok bunga vinca aku nak 'switchoff' ni.. Paling tidak, kalau bunga vinca ni pendek umur macam petunia purple yang mati bila daun betik jatuh dan mematahkannya..ada gambar aku boleh tengok sini...


Vinca pink tengah pink terang, vinca purple celorong putih.

Vinca pink menyala

 

Vinca pink 2 kaler ni macam sama sangat. Tapi bentuk kelopokanya macam lain sikit.. dan sikit celoreng putih.


Satu vinca putih pink kat tengah, da satu vinca softpink. 

Vinca kampung pun aku tanam. Ni jenis tegak.


Ada lagi vinca yang belum berbunga. Aku harap sangat dapat vinca oren dengan purple terang. Kaler ni belum lagi ada setakat ni.
Berbaloi jugak beli vinca dari biji benih ni..dapat macam-macam kaler..cuma sabar je lah lama sungguh rasa menunggu.

20160718

Flora dan Fauna Selepas Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya yang terlambat sudah..

Aku balik raya dekat seminggu juga. Balik kampung, panas sungguh kat kampung, teringat juga pokok-pokok bunga takut kering kontang. Bunga torenia memang dah mati kering. Lagipun sebelum balik kampung dah nampak tanda-tanda penuaan. Tak apa, nanti naik pokok-pokok baru yang lebih cantik harapnya..

Bunga vinca yang aku semai dari biji benih, banyak yang tak sempat berbunga dah mati..tak pandai jaga. Akhirnya, hidup sepokok berbunga purple comel.. ^-^


Ada juga Vinca putih pink kat tengah yang baru belajar berbunga..


Vinca putih tegak. Vinca kampung..rasanya yang ni ada khasiat dari segi perubatan aka kemunting cina putih.


Lagi bunga vinca pink muda.. Comel je sekuntum..Harap panjang umur dia..


Tengok pokok kunyit aku dah kuning daunnya.. Bila lerai ubinya, eleh berapa ketul je dapat. Ingat kunyit dah tua, rupanya daun lecur kena panas.. 


Kemudian, ayat Luth balik bawak udang besar. Kali pertama dapat. Tak sangka ada udang kat lombong tepi rumah ni.. 


Mula-mula Luth excited sangat nak pegang udang, Pegang sikit ambil gambar...


Terus dicampaknya udang.. Kejut Luth, sambil pegang perut.. ^-^


Hujung minggu yang penat..berkemas luar dalam rumah..
Sambil-sambil pergi makan rumah jiran-jiran..
Selamat Hari Raya lagi...

20160516

Ice Cube Bunga Telang

Pokok bunga telang dah overshadow pagar sebelah rumah antara jiran.. poko-pokok jiran pun dia cuba kuasai. Maka, aku telah menjalankan operasi kawalan pemerebakan dan penjajahan telang. 

Sayang pokok tengah lebat berbunga, aku kutip bunga-bunganya..


Gunakan kaedah bekukan bunga telang. Bila nak minum, aku campur dengan air panas. 

Bunga telang, kekal segar. Macam orang putih pulak... 
Nanti kena beli gelas lawa nak ambil gambar kelas kau..minum air bunga!

Sebelum ni aku try keringkan bunga ni.. tapi mungkin sebab sekarang musim hujan, macam nak berkulat pulak.

Nanti boleh buat daun pudina pulak..

20160505

Bunga-bunga Ungu belajar berbunga

Assalamualaikum, mulakan dengan Bismillah.
Ya Allah, indahnya ciptaanmu. 

Since, aku baru je start jadi part time tukang kebun.. tak banyak bunga yang aku boleh show off. Ni bunga-bunga purple yang dikebun kecil aku.  Baru mula belajar nak berbunga kecuali bunga telang.

Bunga Ruellia

Banyak anak pokok merata, rasanya merebak anak benih dari rumah jiran sampai ke rumah aku. Sebelum ni aku tak kisah pun bunga ni, tapi bila tengok orang tanam cantik terus aku ambil anak pokok tanam dalam pasu juga.

Bunga telang

Bunga telang yang tak pernah berhenti berbunga. Sekarang sejak aku tahu, khasiat bunga ni..rajin pula aku mengutip keringkan nak buat teh bunga lah konon.


Bunga torenia

Bunga ni ambil kat rumah mak kat kampung. Merata tumbuh, bila tengok kakak ipar aku tanam dalam pasu macam cantik..terus korek bawak mari sini jugak. Aku ada satu kaler lagi, ingat dah pupus semalam tengok dah berunga..purple muda.. Senang hidup, cepat mati..cepat hidup...

Tak sabar nak tunggu esok, esokkan jumaat..lusakan cuti... '-^

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...