Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140930

Roselle IV, suburnya bumi

Aku campak dan nampaknya macam ada gaya dah nak tumbuh.


Aku memang excited nak tanam roselle walaupun depan rumah tanah sekankang kera pasal bunga ni bukan sahaja rasa dia sedap. Masam manis macam ribena tetapi kerana khasiatnya yang banyak.

KHASIAT ROSELLE

Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah, berkata Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. 

Roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan
  • vitamin C, mineral dan serat. 
  • pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. 
  • hampir 486mg kalsium
  • mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.

Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi

Kandungan Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. 

Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
  • Mencegah penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah kanser
  • Demam panas/selesema.
  • Resdung (alergi) dan lelah (asma).
  • Stress/sukar tidur
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengubati pening kepala/migraine

Biar rosella besar sikit, nanti kita fikir nak alih ke mana pokok ni.



20140521

Rahmat Hujan

Alhamdulillah.

Bulan ni dah habis catuan air. Harap-harap catuan air yang lepas tu jadi yang pertama dan terakhirlah ye. Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun duduk kat Malaysia ni air pun susah. Bumi ni kan penuh dengan air… oh sedih. Ada sikit air tercemar pulak. Allah nak uji semua ni..hujan pun macam tak berapa nak menitik, tak sama hujan tiruan ni.

Hikmahnya, barulah rasa sikit susahnya hidup kalau tak ada air ni.

Jamadilakhir yang kering berakhir juga.

Bulan ni rasanya hujan turun hampir setiap petang kat bumi bertuah ni...

Semalam pun hujan.
Alhamdulillah.

Habis pokok ubi kurus tak tahan dah nak tegak-tegak macam mana lagi.

 
Tanah sekankang kera nak jugak menanam..huh.

Memang payah sangat nak rasa ubi kayu, rasa tak ada harapan dah.



 Jadi malam ni, resipi kita insyallah pucuk ubi rebus cicah budu.


Terliur tak?

20140331

Roselle II


Rozel aku tanam tak nampak tanda-tanda nak tumbuh. Daripada pemerhatian aku, ada dua sebab utama yang menjadi penyebab rozel aku tanam tak nak tumbuh. 


Pertamanya, musim jerebu. Udara kotor, anak benih aku tak dapat nak bernafas. Sesak nafas, air pun kurang, matahari pula tak dapat beri sinarnya akibat jerebu.  

Keduanya, sebab paling utama tanah semaiannya panas sangat. Terlebih tanah bakar. Tak apalah, nanti senang-senang aku tanam lagi sekali. Laki aku kata, jiran kami ada tanam pokok rozel nanti boleh minta benihnya.

Aku teringat kat arwah tok ayah aku.

Zaman kanak-kanak, banyak masa aku habiskan dengan dia. Ma aku berkerja, jadi aku selalu ikut tok ayah. Kami ada tanah kebun kecil dibelakang rumah. Ada pokok durian, rambutan, langsat duku dan macam-macam lagi. Ada juga ditanam sayur untuk makan harian. Tok ayah suka bertani, dia petani tetapi seingat aku masa tuanya cuma bertani untuk makan sendiri sahaja.

Tok ayah sudah tua tetapi dia suka tanam pokok rambutan dan durian. Aku bertanya, sempat ke tok ayah nak merasa rambutan ditanamnya? Kata tok ayah, buah durian kami makan hari ini juga bukan Tok ayah tanam. Tak apa, nanti anak cucu tok dapat merasa.

Bila dia sudah tiada. Kami masih dapat merasa buah rambutan ditanamnya bila sesakali pulang ke kampung. Itupun kalau kena musimnya. Pokok durian dah tak menjadi, mungkin kerana tak ada siapa menjaganya.

Sampai hari ni, tak ada sepokok pun aku tanam buat anak cucu aku.

20140307

Roselle


Aku dapat benih rozel ni dari kakak ipar aku masa aku balik cuti raya cina lepas. Baru minggu lepas dapat tanam. Itu pun lepas aku bising-bisng kat laki aku mintak carikan aku tanah elok sikit aku nak menanam. Tanah sekangkang kera kat depan rumah aku berbatu-batu sikit, payah nak menanam. Tak berapa subur dah.

Akhirnya dalam malas-malas laki aku, cari jugak tanah kat aku sikit. Laki aku culik kat tepi taman perumahan ni. Campur dengan tanah bakar sikit, dengan sabut sikit. Insyallah subur tanaman aku.

Aku dah tabur butir rozel kat dalam poli bag ni.


Depan rumah aku ni adalah jugak sikit-sikit aku tanam pokok-pokok nak buat sayur-sayur time terdesak.

Pokok lada ni aku tanam.
Aku ambil biji lada kering. Musim panas ni tak berapa menjadi buahnya..

Pokok serai ni pun aku tanam.
Tapi kucing suka betul berak sebelah pokok serai aku.. ingat boleh cover bau busuk tahik dia la tu.

Kesum ni pun aku tanam.
Nak buat nasi kerabu senanglah.. tak berapa subur sikit, dia nak kawasan berair rasanya.

Pendek kata, hampir semua lah aku tanam.

Tangan sejuk katakan, semua tanam mesti hidup.

Kalau hidup pokok rozel aku ni..2, 3 bulan lagi adalah entry aku pasal kabaikan minuman rozel, tak pun resipi jem rozel. Seronok aku. Tak sabar nak tunggu pokok rozel aku ni tumbuh. 
Seronok sangatlah.

Orang menanam ni nak kena siram, nak kena jaga, letak baja.
Bukan tanam je!
-Laki aku.


Tau, terima kasih tolong siram, tolong jaga, tolong baja. Aku kan sibuk. Aku kan ada anak kecil, mana sempat. 
Tolonglah.


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...