Ini salah satu ulam nasi kerabu, laksa dan laksam. Biasanya jenis ulam kerabu gini sama je bahannya. Kat rumah ada dua pokok, ambil kat kampung. Mak aku panggil daun serai, jiran-jiran kami panggil daun salam.
Sebab aku tanam dalam baldi pecah dan tong cat je, pokoknya tak adalah besar mana.
Mak aku suka ambil daunnya buat gosok mandi. Katanya buat segar badan. Daun serai ni memang ada sikit bau serai (daun cam lalang tu). Tapi tak kuat sangat. Rasanya, serai kayu ni pun ada jenis-jenis jugak kot sebab kat kampung daunnya bau lagi kuat.
Aku memang jenis suka trim pokok..gatal je nak potong daunnya..Daun serai ni, bila dipotong makin galak keluar pucuk muda.
Setakat ni, aku cuma guna daun serai ni buat ulam kerabu je.. tapi setiap kali aku potong daunnya, jiran aku memang minta jangan buang. Buat masak macam mana aku tak pasti.
Daun tua tu klau indonesian suka letak dalam masakan macama masak lemak atau rendang..
BalasPadamPucuk sedap buat ulam.
Baru pertama kali nampak pokok ni :)
BalasPadamBaru akak tahu PB..
BalasPadamTengok lembut cantik pucuk dia tu PB
Memang sedap dibuat ulam tu..
Malulah kakak yg org kampung dan tua tak tahu ini tau PB
BalasPadamBaru inilah kakak tahu. Mungkin pernah nampak tapi sebab tak tahu jadi memang tak pernahlah merasa nikmatnya.
baru tahu nie daun serai kayu.. huhu
BalasPadamWow.. tak penah jumpa lagi spesis mcm ni..hihii..kalau nampak pon mungkin tak kenal sbb mcm kayu biasa yg tumbuh merata rupa dia tu
BalasPadamterbaiklah PB..setiap tanaman mesti ada kegunaanya. saya panggil daun salam.memang selalu guna.
BalasPadamPokok serai kayu ni asalnya pokok hutan yang besar dan tinggi.
BalasPadamPucuknya orang buat ulam atau pun ramuan nasi kerabu.
Kata orang pegamal memakannya bole awet muda.
Ohhh..... Daun salam pernah dengarlah. Tapi kalau suruh teka mana satu daun dia pun mak belum tentu pas haha.....
BalasPadamSeronok org rajin menanam ni kan PB. Nak guna petik aje...