Tanam pudina sangat senang. Macam tanam daun kesum. Pacak-pacak sahaja, nanti dia berakar. Janji tanah lembap. Tambah-tambah musim hujan sekarang. Pokok ni memang jenis suka musim hujan. Suka air kot.
Sebelum ni pernah tanam juga, tapi tak subur. Kurus-kurus dan makin lama makin mengurus. Terus aku campak je. Buang. Kali ni harap membesar dengan gemuk.
Daun kesum tanam dalam pasu ni kena rajin tukar tanah. Bila akarnya dah banyak sangat, macam dah tak subur.
Alang-alang tanam pudina, tanam balik sekali daun kesum.
Potong-potong pucuk baru dan pacak balik dalam pasu baru.
Pudina ni masuk dlm air teh dan letak sebiji buah pelaga kakak suka PB
BalasPadamMacam minum teh arab jadinya:)
Tengok daun pudina, teringat kat tea Arab..
BalasPadamMcm komen kak zakie kat atas tu..
Bila la saya nak rajin mcm PB jugak ni..
Dulu pernah semai daun kesum atas tanah...
sekali hilang sbb en suami buang - dia ingatkan daun liar...
Hihihi, lepas tu terus merajuk tak nak tanam menanam...
Rajin PB bertani.
BalasPadamCantik2 pucuk kesum tu.
Pudina di kebun saya tengah menyubur tapi selalu kena cek sebab ulat jengkal suka bersarang.
BalasPadambtl daun pudina ngn daun kelsum pokok yg mudah di tanam n tahan lasak...
BalasPadamTeringin pulak nak menanam daun daun yg selalu guna untuk memasak ni PB. Tulah pernah jugak tanam pokok daun kesum tu. Tapi mcm tak tahan lamalah PB. Rupanya kena selalu tukar tanah ek
BalasPadamtenang ja rasa tengok pokok2 tanaman sendiri ni. dah lama teringin nak tanam bunga2 biar wangi semulajadi bila tetamu mai. tapi...hajat tak kesampaian sebab takdak laman besar kat rumah.
BalasPadamMana nak dapat pokok pudina ni.. merata Minah Kiwi cari tak jumpa jumpa
BalasPadammenjadi sungguh.. saya ni tanam apa asyik mati jer hahh..
BalasPadamwww.mamajue.com
oo mcm ni tanam pudina..
BalasPadamkalau mcm tanam kesum, nak cuba la..
tak perlu tinggal batang je ye, terus cucuk je dgn daun2 ya..
TQ