Sebolehnya aku memang nak elak tanam pokok menjalar. Sebabnya
laman aku nak berkebun memang sempit sangat. Tanam pokok yang memrlukan para
kena ada kawasan yang besar sikit. Tempat aku dah padat sangat.
Tambah pula tengah laman ada pokok pisang serendah tu.
Pisang tu memang subur sangat hidup kat laman aku..aku tak berani nak buang
terus, sebab pisang tu memang dah ada sejak aku mula-mula menyewa lagi. Mungking
tuan rumah yang punya.
Bila tanam pokok bunga telang ni, memang aku tak tahu mana
nak letak. Sebelum ni naik menjalar kat pagar je.. lama-lama macam semak je…
Nak buang terus, rasa sayang sebab aku memang suka makan nasi kerabu. Mesti nak
guna warna biru bunga yang asli.
Last-last aku belit kat pokok betik. Pokok betik ni macam
dah bantut. Tak berdaun, nak berbuah jauh sekali. Sini lah dia hidup…
Hihi....nasiblah tuan rumah kreatif. Batang pokok betik pun bolehlah.......
BalasPadamJanji pokok bunga telang boleh hidup dgn subur
BalasPadamKesian pokok betik tu, tersiksa tau
BalasPadamKesian kat pokok-pokok yang tak nak berbuah ni, jadi mangsa tuan pokok. Main tumpang-tumpang membelit pulak si bunga telang ni. Taulah cantik warna purple, tapi janganlah dok 'menyewa' free kat pokok lain...
BalasPadamSA lupa la petua bagi pokok mangga berbuah...selain dari letak baja...kalau ingat nanti SA share ye...bunga telang ni bunga yang buat nasi kerabu tu kan?
BalasPadam