Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140307

Roselle


Aku dapat benih rozel ni dari kakak ipar aku masa aku balik cuti raya cina lepas. Baru minggu lepas dapat tanam. Itu pun lepas aku bising-bisng kat laki aku mintak carikan aku tanah elok sikit aku nak menanam. Tanah sekangkang kera kat depan rumah aku berbatu-batu sikit, payah nak menanam. Tak berapa subur dah.

Akhirnya dalam malas-malas laki aku, cari jugak tanah kat aku sikit. Laki aku culik kat tepi taman perumahan ni. Campur dengan tanah bakar sikit, dengan sabut sikit. Insyallah subur tanaman aku.

Aku dah tabur butir rozel kat dalam poli bag ni.


Depan rumah aku ni adalah jugak sikit-sikit aku tanam pokok-pokok nak buat sayur-sayur time terdesak.

Pokok lada ni aku tanam.
Aku ambil biji lada kering. Musim panas ni tak berapa menjadi buahnya..

Pokok serai ni pun aku tanam.
Tapi kucing suka betul berak sebelah pokok serai aku.. ingat boleh cover bau busuk tahik dia la tu.

Kesum ni pun aku tanam.
Nak buat nasi kerabu senanglah.. tak berapa subur sikit, dia nak kawasan berair rasanya.

Pendek kata, hampir semua lah aku tanam.

Tangan sejuk katakan, semua tanam mesti hidup.

Kalau hidup pokok rozel aku ni..2, 3 bulan lagi adalah entry aku pasal kabaikan minuman rozel, tak pun resipi jem rozel. Seronok aku. Tak sabar nak tunggu pokok rozel aku ni tumbuh. 
Seronok sangatlah.

Orang menanam ni nak kena siram, nak kena jaga, letak baja.
Bukan tanam je!
-Laki aku.


Tau, terima kasih tolong siram, tolong jaga, tolong baja. Aku kan sibuk. Aku kan ada anak kecil, mana sempat. 
Tolonglah.


29 ulasan:

  1. bestnya umah ada halaman tanah utk bercucuk tanam...husna duk apartment...
    mmg xde maknalah nak menanam...hehehe

    BalasPadam
  2. bestnya boleh menanam dikawasan rumah,kat rumah akak bole juga,tp malas nak menanam dlm pasu..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nantilah kita tunjuk pokok rozel kita nanti bg terliur.

      Padam
  3. Jangan kau tanam orang sudah la ye! Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishk..aku tanam gak kau tata..
      pastu aku tak nak jirus.. biar kau kering..
      hah.

      Padam
    2. Eh, bukan laki kau tukang siram?


      Heh heh heh.
      *ketawa jahat.

      Padam
    3. air dah habis.
      aku catu

      Padam
    4. Dan dan tang nak siram air habis.

      Hampeh.

      Padam
  4. bestnya bila menanam tumbuh subur camtu,tanah kat rumah kak nurul nie pun kurang subur,berbatu2,rumput subur plk tumbuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumput x kira tanah subuh ke tidak.

      Padam
  5. Assalamualaikum kak, ecehh siap ada amaran keras lagi tu. hiewhiew. samalah, serai depan rumah sheila jadi port kucing yeyak. adehh tension gila. sheila tak menanam pun, my sis in law duk sebelah rumah. so dia yang rajin menanam sampai depan rumah kita sekali. kihkih. yang tukang jaga pun dia. kita tumpangkan tanah je. kihkihhhh. tapi kita tengok semua pokok dia tanam menjadi.. perghhh best betul ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalm..
      hi..laki hangin sikit sb tukang nanam ni malas nak menjaga..

      Padam
  6. untung tangan sejuk...SA tangan panas..x menjadi kalu tanam apa2 pun...

    BalasPadam
  7. rajinnya menanam..berbakti pada tanah..tabik spring..umah saya ada tanah memang sekangkang kera..acane nak tanam?plan nak tanam dalam pasu ni..tanam sikit2 pun ok..

    BalasPadam
  8. akak pon minat bercocok tanam,tapi kebanyakkan nyer pokok bunga la..ada jugak tanam serai,kunyit dan cili kampung ( haa ni wajib ada :D)
    if kita berbakti pada tanah dapat la hasil nyer..rajin tak rajin jer..:)

    BalasPadam
  9. Best kalau ada kawasan tanah luas macam itu. Rumah kakak tanah secoet aje...

    Pokok roselle bila dah hidup senang jaga. Bapak kakak tu biar aje tak siram pun kat belakang rumah. Tapi itulah kalau tangan sejuk memang hidup aje. Bila dah berbuah terus berbuah tak putus-putus. Buat jemlah, kordiallah sampai jemu.. last kering pecah biji tumbuh lagi kat bawah... tapi bapak kakak tanam atas tanah (rumah kampung katakan.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sb tu nk tanam rozel..malas nk nyiram..x pyh take care sgt..letak dlm bag poli biar hidup je dulu.

      Padam
  10. Rajin juga PB menanam...noe ada gak tanam sikit2...serai, daun pandan, kunyit..yg lain2 pokok2 bunga jer...

    BalasPadam
  11. rajin menanam ye . mcam mak saya.. pokok roselle bagus tanam kt umah. selain sedap roselle berkhasiat utk kita :)

    BalasPadam
  12. wah mmg rajin betul , x rugi berbudi pada tanah kan..

    BalasPadam
  13. Tahniah, banyaknya tanaman. Memang sejuk tangan. Kalau saya yang tanam mmg sah2 tak hiduplah. Tangan panas macam saya ni tak payah susah-susah mencuba. Menyiksakan tanaman aje. Eh, tersiksakan tanaman? Confused jap.

    BalasPadam
  14. Oh, orang lain tanam..orang lain jaga ya..lepas tu bila dah hidup segar bugar, claim sendiri jaga..baguiiih na... ala itu le namanya tulung menulung, kalau tak laki tulung isteri sapa lagi? takkan laki orang sebelah kuttt..

    BalasPadam
  15. Bestlah boleh bercucuk tanam.

    BalasPadam
  16. salam ziarah.bestnye tanam pokok.terasa sejuk jew

    BalasPadam
  17. Best tengok pokok yang ditanam menjadi, biasa dengar sebab tangan sejuk., untung dapat hasilnya.

    BalasPadam
  18. niesa xpernah menanam..hahaha..untung menanam tu menjadi...seronok je tgk...

    BalasPadam
  19. Assalam...
    Bestnya kalau dapat menanam & menjadi tanaman tu... nrl x dptlah, sbb rumah xde tanah... hehe...
    Lagi satu, tangan panas kot, apa yang ditanam selalu x menjadik...

    BalasPadam
  20. pernah sekali buat jem roselle..mmg sedap

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...