Dulu pagar belakang dapur aku tanam pokok kacang. Lama
sungguh rasanya tunggu nak berbuah. Daun nya, subur merimbun. Sampai lepas
balik kampung hari tu, aku cakap kalau tak berbuah lagi aku nak cabut je.
Kemudian bila aku komplen kat mak, my mak suruh ambil lah
daun dia. Daun kacang panjang boleh buat sayur. Tak pernah aku buat sayur daun
kacang. Tak pelik ke? Lalu aku berkira-kira.. sekarang boleh cuba sayur daun kacang panjang
yang kononnya benih kacang yang sangat panjang dari Sarawak
nuh jauh asalnya. Dari mak saudara, kawan kepada kawan yang duduk Sarawak bagi kat my mak diturunkan kepada aku.
Satu hari tu, bila aku buka pintu dapur yang jarang sekali
nak buka. Maklumlah, sebelah belakang biasa aku buka seminggu sekali jer.
Wow…
Banyaknya kacang-kacang dah berbuah. Panjang pulak tu… aku
percaya sekarang kacang tu memang sangat panjang. Lupa nak ambil gambar sebab
masa tu aku malas update bolg..
Tapi yang tak bestnya, banyak juga yang dah tua. Lepas tu, rutin
petang aku pun kena lah mengutip kacang panjang tu sekurangnya selang sehari.
Sempat juga bagi kat jiran merasa kacang panjang.
Lepas beberapa kali tuaian, daun-daun dah mula kering.
Berbuah pun makin kurang. Benih yang tua, ada terbiar sahaja dipokok. Ada juga aku simpan.
Sikit aku tanam..
Ada
3 anak pokok kacang yang dah hidup. Masalahnya, mana aku mahu tanam?
Jenis pokok pembelit gini nak kan para.
Pagar belakang rumah peninggalan arwah mak kacang panjang dah kena ambil dengan pokok
labu. Pakcik depan rumah aku bagi. Tak tergamak tak ambil, walaupun aku tak
tahu…aku makan ke labu? Sebab aku dah lupa rasa labu.
Kata pakcik depan rumah aku, daun labu pun nanti boleh buat
sayur, ni dah macam cerita sayur daun kacang panjang aku je.. Agaknya labu
pakcik tanam pun tak keluar buah, tu yang jadi sayur pucuk labu.
Okey, sekarang fikir mana nak letak pokok kacang panjang
aku?
Kalau pacak je kayu boleh ke...