Aku kerja kilang kimia dan sejak dah dapat bilik sendiri ni..lehlah
tanam pokok kat bilik sendiri.
(Hasil goggle mengatakan nama pokok ni ‘Money plant’)
Tanam kat ofis selain biar bercambah-cambah tempat aku mencari rezeki ni…dapat juga segarkan sikit udara kilang ni.
Money plant ni dapat dari pakcik depan rumah juga. Sebab aku jenis pemalu, aku suruh laki aku minta. Ni cerita sebelum pakcik tu bagi pokok labu.. dan lain-lain pokok..(selepas itu kami berkongsi hobi yang sama).
Keratan asal agak besar sebab ditanam ditanah, selepas beberapa genarasi aku tanam dalam air, makin kecil.
Ni deco asal money plant aku bawa dari rumah. 2 ekor binatang tu cenderahati bos dengan office mate. Tahulah ke mana merekakan…
Hari ni aku potong-potong dengan harapan lepas ni pokok ni jadi merimbun pulak. Then, aku rasa buruknya...
Maka aku tukar pasu lain.
Ni deco terkini, aku harap tak mati isnin ni… sebab ni bekas kaca chemical. Kami tak recycle takut contaminated tapi aku basuh dan sanggup mempertaruhkan pokok aku…
Tengok, aku yang kerja kilang kimia pun 'Go to green'. recycle, tanam pokok... *-*
Hihi dgr kilang kimia jer seram sejukkk..arwah kak knor pernah juga kerja kilang bhn2 kimia ni...kanker payundara..tak taulah ada kena mengena ke dak..
BalasPadamCantik pokok tu..knor pu ada rimbun jer....panjang berjuntai2...ini pokok bga yg knor suka sekali....hijau jerrr
Subur sungguh, amboi suvinir duk menetap di situ hehe..
BalasPadamApa c comel dua ekor tu buat kat money plant tu. Comel semacam je. Hehehe
BalasPadamUntunglah koala dua beradik tu dapat bergayut dalam bilik you, PB. Orang kalau rajin berbudi pada tanah, memang kat mana-mana pun dia nak berbudi juga tau!
BalasPadam