Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160414

Tanam keledek

Gigih aku pergi pasar NSK membeli keledek. Semata-mata nak tanam pokok keledek. Beli seketul je, itu pun aku potong sikit je untuk tanam. Sebahagianya ubi buat kuih cik mek molek.


Ada 2 jenis ubi keledek aku tanam. Ubi yang putih, kalau tak silap aku keledek kulit ungu, tapi ubinya putih..aik.

Aku tanam keledek, harap nak makan daun keledek je..sebab aku dapat tahu daun keledek ni banyak khasiatnya..

Deman panas: daun keledek diramas-ramas di dalam air sehingga hancur terlebih dahulu. Selepas itu, daun yang telah hancur itu dilapkan ke seluruh badan terutama di bahagian sendi-sendi serta diulangi beberapa kali

Sakit perut: Beberapa helai daunnya dilayurkan di atas api dan kemudian disapukan sedikit minyak masak. Sebelum daun berkenaan sejuk atau sebaik-baiknya sejurus dilayur dan disapu minyak masak, ia terus dilekap atau ditampal pada perut.
Bisul dan melecur: Diramas-ramas di dalam air kemudian tampal dan ikatkan daun yang telah hancur itu di tempat yang luka, bisul atau kulit melecur serta dibiarkan untuk beberapa jam. atau dilayur, tampalkan di bahagian tersebut sekurang-kurangnya selama 10 minit.
Ulser: Getah keledek boleh dititikkan pada tempat ulser atau seriawan mulut untuk mengubatinya.

10 ulasan:

  1. Itulah tak rugi tanam. Selain sedap buat sayur pucuknya ada banyak guna lagi. Kakak kalau tepek minyak selepas dilayur kat api tu tahu. Yg lain baru tahu hari ini. TQ.

    BalasPadam
  2. Bestnt PB, pandai bercucuk tanan, ubi apa tah yang orang indon suka singkong ada kat rumah. Baru tahu banyak khasiatnya

    BalasPadam
  3. Rasa yg warna ungu tu isinya ungu juga PB..
    Akak ada beli tempohari.
    Rajin PB menanam..
    Baguskan semua kejadian Allah ada khasiatnya..

    BalasPadam
  4. baguslah tanam..baru tahu daunnya bayk kegunaan ye..selama ni tahu makan ubi je.hehe

    BalasPadam
  5. kak ada tanam keledek ungu dari pucuknya yang beli di pasar. Punyalah seronok tengok dia membesar rendang. Sebab tengok cantik letak dia atas rak bunga...tau2 petang Che Kam datang rembat habis sepasu...

    BalasPadam
  6. Bestnya cucuk tanam. Sy cuma tau mkn je. 😂

    BalasPadam
  7. Bagus juga rupanya daun keledek ni ya. I tau makan aje. Untunglah ada kawan blogger macam ni. Dia suka menanam, dengan info sekali disertakan sebab-musabab kenapa perlu tanam. I tolong baca ajelah sambil-sambil sibuk pilik keledek goreng kat gerai makcik tepi jalan tu. Hehehe!

    BalasPadam
  8. Jangankan daun ubi dia pun mabeles PB....suka sangat kuih tradisional ni tp nak membuatnya tu malas...

    Baru tau nak tanam keledek gitu rupanya

    BalasPadam
  9. pandainye ko bercucuk tanam..sonok lak aku nengok...nak join bercucuk tanam umah aku xde tanah..semua dh dikongkritkan...

    BalasPadam
  10. Mcm tu ja tanam keledek?
    mcm senang ja, nanti nak try..
    baru je sembang dengan uncle jiran sebelah, dia tanam sweet potato..
    nk tya mcm mana nak tanam, segan la pula..
    mcm ni boleh la ushar keledek di supermarket, huhu

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...