20140724

Balik Kampung Oo…oo

Assalamualaikum

Ada orang lagi ke? Aku kira-kiranya hari ni last kerja. Malam ni ke esok ke, tengok mana sempat balik kampung lah kami. Balik Kelate ter..

Sapa tak ada kampung tu, duk rumah diam-diam ek. Sibuk orang nak balik kampung..hihi.

Semalam dah tanya lakiku, dah tengok ke kereta? 

Pas tu dia jawab, nak tengok apa lagi? Esok dah nak balik. Maksud dia tu, kalau ada masalah dengan kereta pun dah tak sempatlah tu nak buat apa..aku pun tanya dah nak malam. 

Tanya je, mana aku tahu nak tengok apa-apa. Dulu-dulu aku tengok orang masuk air dalam bateri kereta. Kereta sekarang dah tak pakai air lagi kot..masuk air untuk wiper je kot. Dah tak adalah problem macam cerita movie dulu-dulu, tengah-tengah perjalanan.. lepas tu kereta berasap. Lepas tu berhenti cari air kat tengah dalam hutan..lepas tu..Mintak jauhlah..nak jalan jauh, mulut jangan celupar. 

Cuma beringat lah.. Kot nak tambah-tambah minyak hitam ke apa ke? Nak tambah minyak break ke? Gitulah maksud aku. Nak service k..TIDAKlah, baru je rasanya servicenya. Nanti isi minyak, boleh periksa tayar sekali. Tayar pun tahun lepas baru tukar, tapi lepas tukar ni rasa tak berapa sedap je kalau turun bukit main clash dan break ..tak tahu nak explain macam mana kat mana yang tak sedap.

Bab-bab kereta ikut driverlah. Dia nak bertolak pukul berapa bila. Ikut aku suka pagi-pagi hari tak banyak kereta. Tahulah jalan nak balik KL-Kelantan musim raya ni. 20km/jam pun kadang tak bergerak. Masa aku bujang-bujang dulu selalu sangatlah aku drive balik Kelantan dengan jem gitu. Sampai Kelantan, rasa macam hilang kaki. Tak rasa apa. Sekarang dah ada driver, ada anak pula tu..tak akan lah sampai hati nak suruh aku drive kan? Adalah sekali sekala bila siang hari, terang benderang aku tolong bawa buat hilang penat. 12 jam kat atas jalan oh nak sampai Kota Bharu musim raya ni.

Tugas utama aku tentulah menyiapkan barang-barang nak dibawa balik kampung ni. Aku ni baru jugalah jadi bini orang ni. Bab kain baju laki aku selalu fail. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang nak aku packing. Selalu je balik kampung, bila dia tanya mana baju itu ini, seluar itu ini..aku tak bawa balik. Tak boleh baca lagi apa yang dia nak pakai. Biasanya aku kena tanya dia dulu mana nak pakai kat kampung nanti. Kalau aku tinggal kat kampung terus baju, pun dia marah. Katanya baju dia sikit, nanti kat sini tak ada baju nak pakai. Aloh sehelai dua je pun. Kain baju Luth senang je, angkut je hampir semua. Bukan banyak pun. Aku punya sehelai dua je lah, banyak aku tinggal kat rumah ma aku kat kampung dah.

Lakiku beli setin tempeyek 70 ringgit dari jiran, import kat mana tak tahu. Makan puas-puas sambil tengok tv tak ingat. Luth pun suka. Apa makanan Luth tak suka? TAK ADA!


Biskut raya semua belum pilih lagi mana nak bawa balik. Ma aku suruh bawa balik sikit je, nanti nak raya sini pula. Aku cakap, kena bawa balik semua kot. Ustaz kata semalam raya puasa sehari je kena raya puas-puas lah. Balik sini dah lepas seminggu tak beraya dah. Ha..ha.. banyak kot kena bawa balik, biskut yang borong kat Cocoland hari tu lagi. Lagi pun niatnya, nak buat akikah Luth raya ni, bolehlah buat makan kudap-kudapan nanti. 
Doakan kami sekeluarga selamat sampai, kalau umur panjang kita jumpa lagi esok-esok.  Maaf ada terkasar bahasa selama kita bercerita dialam maya ni. 

Zakat fitrah, semalam lakiku dah bayar kat surau untuk kami semua. Ni kiranya tahun kedualah lakiku bayar zakat fitrah sendiri untuk kami bertiga katanya. Tahun lepas, kali pertama sebab Luth lahir sebelum raya. Hihi..katanya, sebelum ni dah tua-tua pun ayah dia yang bayarkan. Aku ni, lama dah bayar zakat fitrah sendiri..uh..uh..berdikari kan aku?

Jiran-jiran rasanya setaman dah tahu kami akan balik malam ni. Semalam lakiku dan AGB (ahli geng bual) dah siap wat fareware party kat kedai kopi depan rumah lepas terawih sampai ke tengah malam. Pastu balik rumah, minum air..Tu lah, kopi segelas duk berjam-jam. Rumah, insyallah semuanya akan selamat. Mereka semua jenis perihatin gitu.

Apa lagi aku tak terfikir ek?

20140723

Senarai Penerima Bantuan Duit Raya

Sudahkah anda-anda semua menyiapkan senarai penerima bantuan duit raya? Anak sedara,anak sepupu sepapat, anak kekawan dan anak-anak jiran tetangga. Kelayakan utama, umur bawah 18 tahun. Yang dah tua sikit dan tidak mempunyai kerja tetap boleh dipertimbangkan.


Duit dah tukar? Aku tukar duit kecil kat kilang aku je. Macam biasa, bab-bab tukar duit raya ni HR Department kilang tempat aku kerja provide service ni. Siap sampul raya dari Hong Leong Bank sekali. Yang kuning tu sampul duit raya Tesco, agaknya sebab diaorang beli baucer Tesco kot. 

Bestlah kerja Gomen, aku dengar dapat duit raya ek? Aku tidak pernahlah dapat duit raya ni. Dapat baucer Tesco 20 ringgit je, itupun duit sumbangan persatuaan pekerja. Raya Cina pun dapat angpow 2 ringgit je. Tak apalah, aku dapat bonus jugak akhir tahun, yang kerja suri rumah tu ada tak ada juga dapat bonus dari laki. Mintak tahu kalau laki tak bagi bonus atau duit raya.

Pelukan suami dan terima kasih

Sambungan telenovela..

Ini kali pertama aku buat tart nenas yang bunga ni. Rasanya beli acuan ni dah lama, baru terdetik nak buat. Itu pun sebab permintaan kesayangan hamba. Tengah duk syok menekap bunga dengan Luth. Lakiku balik. ‘Ingat tart gulung. Tart gulung lah sedap.’

‘Tak apa-tak apa.’ . Aku buat satu adunan lain pula. Kali ni buat tart gulung pula. Baikkan aku. 

Aku kan sudah minta maaf kat laki ku atas keterlanjuran kata-kata aku yang pedih. Tolong jangan mengungkit penat lelah jadi bini macam aku. Kalau korang asyik mengungkit, nanti masak tak sedap sebab tak ikhlas. Penat lelah masak, orang tak selera nak makan, tak sedap korang pula hangin. Bukan korang, aku je…

Aku tekap panjang-panjang, sabar-sabar. Lakiku lalu lagi, ‘Oh, kena gulung sendiri ke? Ingat kan terus keluar bulat-bulat.’ Tahu pun..leceh nak buat. Tak apa, sabar. Lalu kubakar dengan kasih sayang.

‘Lambat lagi lah ni, lepas ni kena sapu telur pula. Kalau tak, tak rangup.’ Komen lakiku lagi. Apa kaitan sapu telur dengan kerangupan biskut? Lalu kusuap dengan kasih sayang biskut yang telah dibakar. Dan tidak disapu telur kuning atasnya.

‘Tak masam’. Jem nenas mana ada masam, sayang? Aku tak kisah pasal jem tu bukan aku buat, aku beli segera. Kan betul aku cerita lakiku tak tahu apa itu manis, tawar, masin ke pahit. Aku kena terima kata-kata komen pahit manis, masin tawar dia. Deria rasa dia pelik. Abaikan je komen dia.

‘Pecah telur,ambil benda menyapu, mari nak tolong sapu telur merah kat atas tart’. Kali pertama laki aku menawarkan diri menolong. Aku gembira, sebenarnya dulu-dulu laki aku ada juga tolong aku kat dapur. Tetapi aku yang tak suka. Aku boleh bergaduh kat dapur. Aku memang tak suka sapa-sapa tolong aku. Serabut.. nanti banyak komplen. My kitchen my rule. 

‘Letak banyak-banyak jem nenas. Baru sedap.’ Iya-iya, kalau boleh aku nak gentel besar bola pimpong. Sempat lah lakiku tolong sapu sikit lepas tu Luth asyik nak jahanamkan biskut aku. Lakiku tolong jaga Luth, itu lebih baik.


Nasib baik petang harinya Luth dah tidur. Kesian luth penat. Pukul 1.30 pagi siap bakar biskut. Pukul 2.00 pagi Luth tak boleh tidur lagi. Tidur dah sebenarnya tapi dengan mulut nak menetek tak lepas-lepas. Pagi nya bangun pukul 5 pagi bersahur. Luth pun bangun, tapi dengan mata mengantuk dan mulut melalak. Tak boleh buka mata, tapi boleh buka mulut melalak. Makan sahur cepat-cepat tidurkan Luth balik.



Lepas subuh, ingat nak tidur sekejap..tapi macam tak berapa nak lelap..dekat nak pergi kerja baru terlelap sekejap. Nasib baik tempat kerja sekankang kera. Penat? Mengantuk? Tak penat pun. Tidur malam nanti. 

Sebab aku ada laki, ada anak...
Orang duk sibuk cari Lailatul Qadar aku duk sibuk buat sekut.. last..last dah....

Alhamdulillah. J