Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170927

Bendi sulung

Bila bendi start berbunga, pintu belakang kena kerap buka. Kalau tak, memang jarang sangat nak buka pintu. Sedar-sedar nanti bendi dah tua pula.
  



Agaknya ni spesis bendi panjang. Ingatkan dah terlebih tua. 

Aku patahkan hujungnya, gigit, masih rangup lagi. Ambil simpan dalam peti, tunggu next bendi boleh buat makan sekali.


Kena tanam banyak sikit pokok bendi, baru boleh menuai sekali harung. Ini jenuh pula nak menunggu sebiji-sebiji buah bendi..


20170926

My Hensem Boy

Aku cuti panjang weekend lepas.

Hensem boy aku kena chicken pox.

Sekarang mengaji pun kena cuti walaupun cuma mengaji kat rumah sebab dia cakap Luth sakit.. boleh tengok kartun je..


Jumaat malam tu dia deman panas. Lepas makan ubat baru boleh tidur.
Pagi tak pagi sangat baru baru nak mandikan dia tengok badan dah mula keluar bintik-bintik berair. Sahlah cacar air. Kawan-kawan dia dah ramai yang kena, giliran dia pula sekarang.

Naik bertih/cacar air/chicken pox

Nampak tak teruk sangat, cuma dia sukar tidur. Tidur sekejap-sekejap je. Sepanjang hari melayan dia tengok kartun. Kalau tukar rancangan lain dia akan keluar dialog sedih, ‘Luth, kan sa-kit’, ‘Kit’ tu bunyi tebal sikit pasal lidah dia pun dah start macam ulser. Terpaksa.. masa tengok kartun senyap sikit, boleh mak pun buat kerja lain atau sama-sama baring. Petang dia buat hal sikit, gatal sangat kot…menangis banyak, sakit-sakit..kit…

Tidur malam kena gosok badan dia sampai dia tertidur… alahai anak.





20170920

Mol Bawang Buruk


Aku rajin berkebun tetapi tak tak reti nak membaja.

Iya, tahu! Faham. Tanam tapi tak bagi makan, lepas tu harap pokok kau tumbuh dengan besar dan sihat. Susahlah…

Biasa yang aku buat Cuma simpan air basuhan beras untuk siram. Itu pun, dapat kat pokok kesayangan jelah… pokok anak tiri jeling iri hati.

Sekarang kalau beli ikan pun aku jarang suruh tauke dia siang. Cakap dengan my tok laki tak payahlah siang, nanti bau ikan kereta.. punya rajin bini dia ni. Biasa perut ikan tanam kat pokok bunga ros dengan lemon. Kalau pokok lain, kadang datang semut.

Lama dah study pasal buat MOL ni. Tetapi tak terbuat, pasalnya tak ada budget nak beli gula..Ha, ha… kedekut sungguh.

Hari minggu lepas, beli ikan kat pasar malam dapatlah sikit perut ikan. Sebab beli kat pasar malam dah malam pula tu, takut nak gi tanam kat pokok. Teringat pula pasal buat baja MOL. Dalam peti ais ada gula Nise (gula merah) dari Kelantan tu. Sayang oi, tapi ambil juga seketul letak dalam perut ikan ni. Cuba-cuba je.. Semalam beranikan diri buka balik bekas perut ikan tu..Wow, langsung takk ada bau busuk. Berjaya lah kot baja mol pertama aku.

Balik kerja semalam singgah kedai beli gula perang. Nak cuba buat dengan bawang pula.
Semalam blender kemudian campur dengan gula perang ni. Harap-harap Mol kedua ni berjaya. Sisa-sisa kulit buah dengan sayur pun aku campur gula perang. Aku main agak-agak je, kalau ikut resipi asal kena nisbah yang sama..
Gula perang RM2 macam sikit je, lain kali kalau pergi NSK cuba cari..mana tahu murah sikit..

Sebenarnya, bawang ni beli 2 minggu dah kot. Terlupa nak buka plastik, busuk sikit kat dalam. 


Hope menjadi Mol Bawang aku.


Dekat Setahun Tunggu

Rumah yang baru kami beli tak jauh dari rumah sekarang, seberang jalan je. Kadang-kadang saja jalan-jalan tengok rumah tu.  Ada sikit rasa tak sabar nak duduk rumah sendiri. Ada juga rasa sayang dengan rumah sewa sekarang ni. Jiran-jiran kat sini semua baik-baik belaka. Tapi itulah, dah 2 kali cuba beli rumah kat sini, tak ada rezeki.. sekejap cakap nak jual, sekejap cakap tak jadi jual. Luth pun dari kecil lagi membesar kat sini. Kesian juga dia nanti tak ada kawan-kawan. Kawasan rumah baru tu masih kurang lagi penduduk. Ikut hati dulu tak nak duduk kat situ, tambah pula jalan masuk ke kawasan perumahan tu tak berapa elok. Selekoh gelap dan sempit. Cari-cari rumah tak dapat. Nak rumah landed dengan harga murah sekarang ni, faham-faham je lah. Ya Allah, mahal ya ampun untuk orang yang tak berapa have-have ni…

Sebelum raya haji hari tu aku ada cakap kat ejen dengan peguam tu, boleh ke kalau nak dapat kunci rumah baru tu dulu? Rumah tu nampak teruk sangat dah, macam tak tejaga. Dia cakap ada orang duduk lagi. Kami decide nak beli hari tu bulan 1, sekarang dah nak habis bulan sembilan pun tak settle lagi. Dekat setahun kot kena tunggu... Agaknya tuan rumah tak nak bagi lagi. Semalam tuan rumah baru tu ada call. Katanya kalau tak ada apa bolehlah kalau nak kemas-kemas dulu rumah baru tu. Katanya, dia baru pergi tengok rumah tu baru tahu penyewa dia dah tak duduk rumah tu lagi. Barang je ada dalam rumah tu. Dia pun risau takut rumah tu rosak. Itu pun aku cakap dengan ejen suruh bagitahu tuan rumah, sebelum serah kunci nanti kalau rumah tu rosak kena repair dulu...


20170919

Luth dan pokok

Luth selalu menyibuk bila aku nak berkebun… Malas nak bagi dia kotor sebenarnya. Tapi macam mana tak bagi pun, dia mesti menyibuk juga. Hari tu dia tanam pokok pisang kat kebun secipot mak dia ni. Anak pokok pisang jiran diminta nya. Orang tu pun melayan dia, bagi pokok pisang. Padahal pokok pisang jiran tu asalnya dari kebun mak dia ni. Anak pokok pisang serendah mak ni pun dah berlambak sayang. Mak siap buang lagi…

Aku rasa dah lebih sebulan kot pokok pisang yang dia tanam ni masih hidup. Aku tak tahu macam mana dia tanam. Ada akar ke tidak, tetapi kagum juga sebab boleh hidup lama. Kadang tu aku tengok sampai banjir disiramnya. Kadang langsung tak jaga.

Aku cadang nak cabut je pokok pisang dia, tetapi nanti hati dia terguris pulak. Dia mesti cakap pokok mak je, pokok Luth tak ada pun. Macam bila kita tengok tv cerita kegemaran kita, dia akan cakap..Cerita mak dengan ayah je, cerita Luth tak ada. Anak oi.

Muka mengantuk nak pergi taska tapi mak suruh bergambar dengan pokok dulu

Sebagai ganti pokok dia, aku suruh dia tanam pegaga. Pegaga ni, my tok laki bawa balik diberi jiran hasil lebihan jual sayur. Sedikit layu, nak makan pun macam tak berapa selera. Dah tak segar.


Ini hari ke-3 pegaga ni ditanam. Setiap pagi sebelum pergi taska, check dulu pegaga dah hidup ke mati? Hari ke2 dia cakap pegaga dia dah mati. Mungkin sebab tanam sekali dengan daun-daun, then dia nampak daun tu dah layu… Masuk hari ke tiga ni, nampak segar sikit, harap pegaga Luth akan subur. Biar dia dapat tengok perkembangan tanaman dia bila start keluar anak-anak pegaga.




20170918

Hadiah dari Tok Laki


My tok laki bawa ballik pokok ni semalam.

Mula-mula dia cakap nak ke tak ni? Aku tanya pokok apa? Dia jawab pokok ketum.

Huh, tak kuasa aku nak tanam pokok ketum.. Sampai ke petang, aku tak usik pun pokok ni.

Petang tu dia tanya lagi, ‘nak tak? 20ringgit tu, kalau besar sikit RM40. Beli dengan Bullah”
‘Nak buat apa?’
‘Kata hari tu nak? Pokok tin tu’

Aku, hah! Ya Allah, kata minat pokok tin, pokok tin pun tak kenal. Mati-mati aku ingat pokok ketum betul tadi.. Gembira betul dapat pokok tin pertama.

Sudah lama aku nak pokok tin. Pokok yang diidam-idamkan ni. Group fb Pokok Tin pun aku joint. Aku cakap kat my tok laki, nanti kaya nak beli pokok ni. Tengok orang jual tut pokok ni pun harga dah mencecah ratus. Oi, mahalnya. Hari tu tengok ada orang offer keratan murah, tapi risau takut tak hidup. Orang cakap, susah nak hidup keratan dia kalau tak biasa.. Simpan je cita-cita.


Pokok tin dah transfer ke bekas besar. Hidup suburlah kau ye... . Variety apa? Entahlah. Pokok tin pun baru tahu...

Tanah Kompos Sisa Dapur


Antara halangan yang paling besar untuk tukang kebun Bandar adalah masalah tiada tempat nak berkebun, tiada tanah. Macam rumah aku duduk sekarang ni, laman rumah sangat sempit, tanah pula kurang subur. Kedudukan nya tepi kawasan bukit dan tanahnya berbatu-batu sukar untuk aku. Gali tanah dapat batu je banyak.


Kalau ikutkan, aku memang tak suka beli tanah. Berkebun patut menjimatkan, bukan membazir dengan membeli tanah. Tiada pilihan, beli juga.

Tanah yang di korek, di kikis sekitar kebun selaman. Keras dan bercampur batu. Jenuh kena mengasing.

Sebagai alternatif untuk masalah tanah, aku buat kompos sisa dapur dan sisa laman




Pokok-pokok tua, daun dan ranting dipotong aku campak dalam tayar ni. Ranting susah sikit nak hancur tapi aku campak juga, kalau rajin potong kecil-kecil. Kalau tak rajin, campak je nanti yang lain dah hancur, buang je asingkan balik.


Untuk kompos sisa dapur, aku campak dalam tong cat ni. Aku campurkan dengan tanah dan daun kayu kering. Kotak-kotak kertas juga aku campur. 

Banyak kali juga kompos aku berbau busuk. Risau pula jiran tak senang. My laki pun kadang-kadang komplain. Alhamdulillah, by try and error sekarang jarang kompos aku berbau. Bila cukup komposisi hijau dan coklat, kompos tak berbau.  


Lapisan atas sekali kompos biasa aku letak tanah. Kadang-kadang aku kerap juga tambah sisa baru. Gali sikit dan kambus balik. Tapi, nanti ambil masa lama lagi...

Kompos aku ni warna agak cerah dari biasa aku tengok warna hitam, banyak tanah kot.

Kompos aku yang ni, kalau tak silap lebih kurang sebulan. Banyak yang dah hancur. Bau memang lansung dah tak ada. Tetapi ada lagi ranting-ranting kayu yang tak hancur. Ulat dan binatang-binatang pun masih ada. Mungkin kena tunggu lagi. Dari pembacaan aku, biasa kompos ambil masa paling cepat 2~4 bulan juga bergantung jenis sumber kompos. 

Sekarang, aku jarang buang sisa dapur. Biasa tulang-tulang je aku buang dalam tong sampah. Kalau kulit buah dan sayur-sayur biasa aku simpan buang kompos. Nasi basi pun boleh buant kompos. Sampah pun makin kurang buang.

20170914

Colmar Tropicale French Theme Resort

Cerita lama....

Kali pertama jejeak kaki kat Bukit Tinggi, Colmar Tropicale French Theme Resort meeting baru-baru ni. Kalau tak harap bos nak belanja, tak tahu bila sampai. Terima kasih bos.Sempatlah merasa tidur sini, 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, anak jantan pun behave je duduk dengan ayah dia..malam-malam sebelum tidur, layan video call wi-fi hotel dengan boyfrend tercinta...


Best jugaklah kat sini. Bangunannya cantik-cantik, Berlatar belakang bangunan ala-ala French ni.



Malam-malam boleh berjalan ambil angin sambil tu tengok orang buat persembahan aerobatic




Makanan sedap, tempat penginapan pun best. Overall Bestlah.. best lagi, bos belanja ramai-ramai tidur kat sini. Enjoy, meeting sambil rehat-rehat minda.


Tebu Telur


Seumur hidup aku tak pernah tahu pun tebu bertelur. Tak boleh bayangkan lagi macam mana rasa. Since ramai yang cerita keenakan rasa tebu telur.. Rasa teringin juga nak mencuba. Akhirnya, yang di idam-idam.

Benih tebu telur dari sahabat Kebun Bandar.

Siap ada sisipan macam-macam jenis lagi benih. Gembira betul rasa hari ni datang kilang dapat bungkusan dari pakcik guard.

Cuma masalah sekarang, mana nak korek tanah ni. Boleh ke tidak nak tanam dalam bekas/pasu ye? Mohon tunjuk ajar.



20170913

Semaian Bendi Merah

Benih bendi merah ni asalnya dapat Group Kebun Bandar. Dulu aktif juga kat group tu, sampai nak tidur malam pun susah...asyik ngadap je. Masa tu, sempat juga bertukar-tukar benih...

Kali pertama tanam, main tanam je. Mula-mula ada banyak masa lapang, boleh berkebun hari-hari.. Lepas tu, jadi sibuk sangat. Langsung tak hirau lagi pasal pokok..

Sampai ke pupus bendi merah, tak sempat nak merasa. Mula-mula tengok kecil lagi, lepas tu tiba-tiba dah jadi tua buah dia. Memang tak merasa langsung nak makan bendi merah ni.

Balik kampung raya puasa dulu, my mom celur bendi merah. Sedap rupanya, walaupun lepas celur still rasa rangup tu. Bendi merah ni, bila lepas rebus..warna dia hilang. 

Sekarang, dah lapang sikit. Alhamdulillah, back to normal. Ada masa terluang.. Boleh berkebun balik. Semangat balik..

Insyallah, kalau pokok ni dah besar..aku tunjuk rupa dia. Memang betul-betul warna merah.


20170912

Tanaman dapur rumah

Bahagian dapur rumah ada tanah betul-betul sekangkang kera. Dulu pernah cuba tanam pokok labu. Tapi bersemak pokok tu menjalar ke mana-mana entah. Ada satu hari dia dah berbuanga, my tok laki tabur baja apa entah..mati habis pokok..panas kot.

Ini keadaan terkini belakang rumah aku. Ada pokok serai dan bendi. 


Pokok bendi aku tanam kali ni nampak subur. Biasa kurus kering je.

 Mungkin tanah kat sini dah jadi subur, sebab aku selalu tanam perut ikan kat sini. Lori sampah datang hari selasa jadi nak kurang bau busuk tong sampah, aku terus tanam perut ikan dan air basuhan dia kat sini. Lemak ayam pun aku tanam. 

Lama-lama tanah jadi subur.


Nampak macam dah mula berputik.



Macam aku cerita,  soon dalam masa yang terdekat aku mungkin akan berpindah, jadi serai pun aku dah start letak dalam bekas.  Nampak serai pun menjadi kali ni...  



Cucuk je mesti hidup

Antara pokok yang aku rasa mudah sangat hidup ialah daun kesum.



Kat rumah aku memang dah ada sebekas pokok daun kesum. Cukup untuk buat makan sendiri.



Tetapi masa Birthday Luth hari tu sebab nak buat laksam jamu tetamu, aku beli kat pasar seikat. Risau takut tak cukup. 

Seikat je beli tapi punya besar ikat dia.. mula-mula rendam air, tak nak bagi daun dia kering. Kemudian berakar, nak buat masak, tak terjadi-jadi. Tak akan nak buang pulak. 


 Jadinya aku cucuk merata. 
Akhirnya ada banyak bekas.

Bekas comel-comel aku cucuk, hidup pula. Sebab jenis penyayang, rasa kesian nak buang.. Biarkan je dia hidup...

Kali ni mudah pula daun kesum ni hidup, membiak.. kalau ikut petua orang menanam, katanya kesum suka tempat basah, lembap.

20170911

Rumah Lama, Rumah Baru kami

 Soon,

Insyallah,
Kalau tak ada apa-apa halangan tak lama lagi kami akan pindah rumah baru. Doa-doa kan harap cepat-cepat dapat kunci.

Bukan rumah baru, rumah lama, kecil je.
Sekali-sekala datang tengok rumah ni.. Tak sabar juga nak merasa hidup di rumah sendiri. Bertahun dah menyewa, baru merasa nak duduk rumah sendiri.

Masa 1st time tengok rumah ni, bulan 1 hari tu ada lagi penyewa. Sekarang nampak kosong je. Lalang pun dah penuh. 

Risau tengok pokok kayu yang naik celah rumah tu, makin besar. Rosak simen rumah. 

Ni bahagian belakang rumah. Semak sangat dah. 

Sejak berkira-kira nak pindah tak lama lagi ni.. aku giat pasu kan pokok-pokok kesayangan. Konon nak bawa semua pokok-pokok ni nanti. Tak tahulah, muat tak. Rumah kecil, laman pun kecil je...

Pindah Kacang botol

Beberapa kali my tok laki dah sound, pokok kacang botol dah menjalar kat pagar. ‘Sapa tanam kacang botol sini?’
Tak lama lagi semak lah pagar ni’.

Duduk kat kampung ada tanah luas-luas, bertanam lalang. Bila duduk tanah sekangkang kera gila nak menanam.

Rasa sayang nak buang, sebab benih ni naik sendiri. Agaknya aku campak benih-benih yang lama dah berkulat kebetulan ada benih kacang botol yang masih elok..naik sepokok.

Bila dah hidup, Sayang pula nak buang.

Akhirnya terpaksa alihkan sebelum besar menyemak pagar depan rumah.

Dekat dapur belakang rumah ada sikit lagi tempat boleh letak dia. Gigih gali balik, masukkan dalam plastik hitam, tercabut habis tanah sebab dia naik celah batu-batu. Tak tahulah mampu bertahan ke tak. Berkongsi dengan pokok peria (kalau tak silap). Pokok peria tu nampak subur sebab memang dah naik dalam plastik ni.





20170908

Para Bunga Telang

Sebolehnya aku memang nak elak tanam pokok menjalar. Sebabnya laman aku nak berkebun memang sempit sangat. Tanam pokok yang memrlukan para kena ada kawasan yang besar sikit. Tempat aku dah padat sangat.

Tambah pula tengah laman ada pokok pisang serendah tu. Pisang tu memang subur sangat hidup kat laman aku..aku tak berani nak buang terus, sebab pisang tu memang dah ada sejak aku mula-mula menyewa lagi. Mungking tuan rumah yang punya.

Bila tanam pokok bunga telang ni, memang aku tak tahu mana nak letak. Sebelum ni naik menjalar kat pagar je.. lama-lama macam semak je… Nak buang terus, rasa sayang sebab aku memang suka makan nasi kerabu. Mesti nak guna warna biru bunga yang asli.


Last-last aku belit kat pokok betik. Pokok betik ni macam dah bantut. Tak berdaun, nak berbuah jauh sekali. Sini lah dia hidup…



Tak lama dia naik sampai pokok mangga ni.. pokok mangga ni pun malas berbuah..



Hujung Musim Durian

Kisah raya haji...

Sampai-sampai kat kampung...apa lagi bantai tidur laki bini sampai ke tengah hari. Bangun-bangun terbau semerbak durian. 

Se-kereta tolak pakcik sedara dah sediakan. Buah bercampur, elok dengan tak elok..banyak yang dah kena makan tupai. Sebiji durian berkongsi seulas dua dengan tupai.

Sepupu sedara kat kampung dah muak makan durian kot.. jeling je. Offer semua tak nak. Makan-makan sampai muak..lepas tu cari bekas isi buah tempoyak..


Dah beberapa bulan Luth merengek nak makan buah durian. Susah betul nak jumpa buah durian tahun ni. Ada yang jual yang mahal-mahal. Rasa macam tak mampu. Tengok kat supermarket ada jual sepekat RM15, nak beli kat Luth, ayah dia tak bagi. Risau buah dah tak elok. Sayang membazir.

Rezeki kami, sempat juga merasa durian hujung-hujung musim ni.. Puas Luth makan.

Yang dah lembik, masam sikit isi dalam botol buat tempoyak.. Yang cantik-cantik kacau buat Lepok durian. 
Sekarang dah tua baru reti nak makan lepok. Dulu masa muda mana nak makan makanan orang tua gini. Haha..haha.. dulu durian pun aku tak suka, bau busuk. 
Aku makan epal jor...

Alhamdulillah tok ayah dulu tanam pokok durian, buah-buahan untuk anak cucu makan.. Anak cucu aku nanti nak makan apalah...aku belum tanam pokok lagi ni..

20170907

Katak Puru

Buah Katak Puru (aka Nam nam) tengah lebat berbuah. Buah nostalgia zaman muda remaja, petang-petang duduk kat serambi rumah, makan colek buah katak puru masam-masam manis.


Sudah lama benar rasanya tak makan. Balik kampung raya haji hari tu tengok berlambak buah nya kat pokok.


Buah katak puru ni jenis berbuah kat batang. Jadi buahnya sikit kotor dengan tanah..
Kami dah biasa, tak kisah..basuh bersih-bersih, kikis sikit kulit yang bertanah tu.


Ada 3 pokok dah masak. Kutip-kutip bawa balik kat sini.


Buat makan colek kicap dengan kawan-kawan ofis. 
Kira macam buah exotic jugalah..jarang-jarang jumpa.


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...