Beberapa hari lepas tiba-tiba aku dapat whatapp dari ex boss aku. One of the boss kecik.. ex boss besar, Managing Director dah meninggal dalam setahun yang lepas. Aku rasa, dia yang paling atas sekarang ni...
Rasa berbunga-bunga sebab masih lagi ingat kat aku...tanya khabar aku, tempat kerja baru setelah lebih 2 tahun tinggalkan company lama..
Iya, baik sangat..
Walau dalam hati ni nak je cerita, ni ada budak busuk mulut, yang tak naik-naik pangkat walau hari-hari bagi tahu bos dia banyak kerja, suka sound-sound orang, hari-hari fikir nak cari salah orang. Nak cari point, nak gaduh dengan orang..
Bercerita perihal perkara-perkara hangin kat ofis hari tu... benda yang paling penting adalah tolak ansur!
Marah, mengamuk, sound-sound orang perihal remeh temeh tak akan menyelesaikan masalah. Teguran yang ikhlas adalah kau pergi tegur direct dia. Tak mungkin kau tak berani nak tegur direct, kalau kau berani sound se-ofis hal-hal kecil. Kadang-kadang benda yang kau rasa besar kat kau, sebenarnya 'just a peanut' kat orang lain. Member kau yang buat salah kecil tadi, maybe ada masalah yang lagi besar, tapi dia diam je.. Dan, kau bukan Bos nak marah-marah orang. Nak malukan orang.
Tiba-tiba teringat dekat mendiang ex boss besar aku. Marah betul dia bila aku hantar resign letter dulu. Sampai hati cakap aku tak berterima kasih ambil aku budak fresh graduate, ajar aku bertahun-tahun.. kemudian, dia cakap aku tinggalkan macam tu je.. emotional betul masa tu. Ingat senang ke aku nak tinggalkan macam tu je.
Sampai satu waktu, aku kena fikirkan diri sendiri. Belajar benda baru...
Ex big boss ni tak banyak membantu aku dari segi kerja. Kalau aku jumpa dia bagi tahu masalah aku...lain yang aku cerita, lain yang dia jawab. Cerita yang paling aku ingat pasal bini dia complaint gas memasak dah naik harga dan dia berjaya buat aku lupa apa masalah aku nak tanya dia. Iya itu beza bos dan aku, dia bagus sangat bagi motivasi.. Walau pun dia tak cakap apa yang aku kena buat, dia buat aku tahu apa aku nak buat. Selalu dia akan cakap kat staf dia..kalau semua saya kena fikir, buat apa saya ambil pekerja ramai-ramia. Urgh..grr..
Cuma, entah kenapa bila aku nak berhenti. Dia suruh aku fikir baik-baik. Aku tak boleh survive. Sedih oh, agaknya teremosi masa tu. Biasa dia bukan macam tu.
Alhamdulillah, setelah dua tahun kat tempat baru banyak benda baru aku belajar. Bos baru aku terbaik. Jarang sangat marah-marah tak tentu pasal. Sangat teliti, ambil tahu dari sekecil-kecil benda. Gembira jadi sebahagian pekerjanya..
Aku tak menyesal keputusan yang aku buat dulu. Bukan sahaja melibatkan pangkat dan gaji semata-mata. Aku selalu admire dengan bos-bos aku, superior-superior aku terutama orang baru masuk, manager baru. The way his handle probables, diffrent with us. Itu beza orang ada pengalaman dan tak ada. Banyak yang aku belajar. Cuma, sedih sikit... hari ni aku kerja macam biasa. Orang lain kat Selangor ni masih bercuti oit.
Oh, aku dirisik my ex boss kecik kembali.
Masih menunggu...doakan baik-baik.