Inquiry: petakbunga@gmail.com

20151111

Tanam Lemon

Sekarang ni musim orang sibuk nak tanam lemon. Penyakit berjangkit bila kita joint group facebook Berkebun. Termasuklah aku.

Habis semua biji lemon aku nak semai. 

Ini kira-kira kaedah yang dikatakan cepatkan proses tunas pokok lemon ni.
Tetapi aku punya lebih satu minggu jugak rasanya baru keluar akar


Selaput biji aku kupas. Gunting sikit hujung senang nak kupas. Sebenarnya tak senang sangat, licin. banyak yang jatuh hilang masa proses buang selaput. 

Aku simpan dalam tisu lembap sampai keluar tunas sikit.

Kemudian aku pindah dalam gelas polystyrene recycle. Tebuk sikit kat bawah.

Kotak air pun jadi pasu lemon aku.


Aku letak kat luar rumah dekat tingkat dapur rumah. Setiap hari mengintai, cepatlah besar…
Seronok betul tengok proses pembesarannya, macam tengok anak membesar.

20150903

Kebun setaman

Inilah kawasan yang aku cerita tempat laki aku selalu menjala dulu-dulu. Kat lombong kawasan rumah kita orang juga. Sekarang ni, tepi-tepi lombang ni dah jadi kebun setaman.. atau lebih tepat kebun milik lorong kami. Mereka terutamanya kaum-kaum bapa berpakat mengusahakan kebun ini. Keluar modal sikit-sikit untuk tarik air naik dan menanam.

Sekarang lakiku dah tak menjala, hobi barunya mengail. Sejak beralih hobi ni, hasilnya jarang. Sudahlah bermodal.


Entah semaian apa ni. Aku tak pernah lagi tengok laki aku sama-sama mengusahakan kebun ni.. rasanya keluar modal je kot. Laki aku tau menjala je.


Suka juga ada kebun gini.





Hasilnya bermusim, bila musim petik pisang..selorong jiran makan pisang.
Begitulah juga sayur-sayur

Muafakat mereka.




20150827

Rumah Terbuka dan Birthday Luth

 Ingat lagi budak hensem watak utama blog ni?
Luth hensemlah..haha..anak sapa la hensem tu..ishk, ishk..

Sekarang dia dah 2 tahun lebih. Terlajak dah nak cerita pasal ulang tahun hari lahir Luth yang ke 2.Tak apalah, rajin-rajin ni.. aku update cerita yang lepas.


Tiap kali ada kawan-kaan sambut tadika, dia akan balik rumah sambil nyanyi.. hepi beDay2u. duk ngulang-ngulang lagu tu..  so, aku dah janji dengan dia, nanti birthday dia kita buat birthday..biarlah dia bukan faham sangat pun. Uh.

Kami buat sekali dengan rumah terbuka, tak cakap pun kat jiran-jiran nak sambut birthday. Siap-siap masak, baru beritahu suruh datang.. mereka spoting je. Tak nak juga mereka susah-susah, cuma ajak makan je.


Macam banyak kan? Aku masak nga mak je ni. Semua boleh dikatakan buat sendiri. Ingat nak tempah sikit makanan buat topup tapi sebab last minit plan juga, masak je lah. 


Sebenarnya banyak makanan segera je, beli nugget, hot dog, fries. Pastu buat agar-agar sikit, braead pudding sikit.. Dan makanan utama my mom nasi kerabu, dan ayam berempah suka hati aku. Meriah tak?
 

Kau tengok anak aku sejak bersekolah.. dah jadi Otomen. Masa gambar ni diambil, aku tak tau ni gaya Otomen..
  
 nanti lah aku tunjuk gambar-gambar dia yang lain..semua gaya Otemen.. adush.


Semoga Otomen mak ayah jadi anak yang soleh. Insyallah.



Pengenalan Emas PowerGold

Ramai yang takut kena tipu dengan pelaburan emas ni. Kami laki bini pun macam tu juga dulu. Kaji mengkaji, sibuk Tanya orang itu ini. Ramai yang cakap, ramai yang kena tipu.. aku pun takut juga. Ini pun tawakal je ni, dah lama jiran sebelah ni duk promote sambil-sambilan. Dia pun tak bersungguh pun jual beli emas ni. Sambil-sambil menyimpan untuk sendiri je. Takut-takut sangat langsung tak ambil apa-apa tindakan. Tunggu dan tunggu lah sampai ke sudah.

Hari ini 27/8/2015 : RM177


Aku memang sekarang dah terjoint POWER GOLD. Sudah tentu aku promote barang aku kan.. kalau sapa-sapa takut, boleh je beli emas kat kedai-kedai emas pun. Mungkin itu kau akan rasa lebih confidentkan? Boleh je pun. Cuma harganya ada sikit mahal, ini kerana kedai-kedai emas kena ikut harga persatuan meraka. Tetapi kalau kau rasa confident apa salahnyakan?

Contoh penipuan emas:

Ini sharing daripada facebook member. Hati-hatilah selalu.


Prinsip pelaburan emas ni mudah.

Kau beli emas kena dapat emas. Kalau kau buat pelaburan emas, kau bayar harga emas, duit bank kau bertambah kononya keuntungan emas..itu something wrong! Beli emas kena dapat emas. Ingat tu!

Okey, sedikit perkongsian emas POWER GOLD.

Pengenalan PowerGold

- SELAMAT DTG KE DUNIA PERNIAGAAN EMAS POWERGOLD.BIZ
NO. 885 TMN. KEMPASPEJABAT PENGURUSAN POWERGOLD.BIZ
09000 KULIM KEDAH
PROFILE SYARIKAT


Merupakan sebuah Syarikat 100% Bumiputera yg telah lama berkecimpungan didlm industri perniagaan EMAS sejak lebih 11 thn.

Syarikat terlibat dlm menghasilkan produk brgan EMAS, Jualan runcit & borong juga memBeli baragan EMAS terpakai. Selari dgn perkembangan & keNaikan Harga EMAS mendadak sejak 5 thn kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa utk membuka peluang kpd masyarakat utk memanfaatkan keadaan ini & seterusnya menjadikan ia sbg suatu perniagaan yg menguntungkan baik secara ONLINE mahupun OFFLINE (www.powergold.biz)



SYARIKAT AMETHYST GOLD CREATION SDN. BHD. (951063-K)
CEO : EN. AZRUL
COO : EN. TAKIYUDDIN


PRODUK2 SYARIKAT
EMAS 999 adalah terdiri drpd GOLDBAR,,,
(1g, 5g, 10g, 20g, 100g, 1kg) &
SYILING DINAR (4.25g)...
SYILING SUKU DINAR (1.06g)
Terbaru.. SYILING 0.5G. (BBY COIN)

EMAS 916 pula adalah Brg Kemas yg selalu nye digunakan sbg perhiasan (cincin, gelang, rantai tgn, subang dll.) bg kaum wanita...


Konsep POWERGOLD...??

Ape yg menarik nye tntg PowerGold ni adalah ia menggalakkan semua lapisan masyarakat utk menyimpan EMAS sekurg2nye 1g 1bln dgn harge yg sgt MURAH drpd harga pasaran & ia juga menawarkan konsep 3 in1 iaitu SAVING, TRADING & NETWORKING...

Saving :  Membeli & Menyimpan EMAS sekurg2 nye 1g 1bln...

Trading :  Boleh menjadi usahawan EMAS on9 @ offline secara kecil2an & Insya Allah besar2an...

Networking :  Membuat rangkaian EMAS kpd sesiapa yg berminat dgn EMAS / kpd sesiapa yg ingin memulakan bisnes EMAS...


..

[ KETULENAN EMAS MENGIKUT GREDNYA ]
☀Emas 999
      ***********
■ Mempunyai kandungan 99.9% emas
■ Tidak di campur dgn bhn² lain (Pure emas)
■ Di kenali juga sbg Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
■ Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.


☀Emas 950
      ***********
■ Mempunyai kandungan 95.0% emas.
■ Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium & sbgnya.
■ Di kenali juga sbg Emas 23 Karat (23K)


☀Emas 916
      ***********
■ Mempunyai kandungan 91.6% emas.
■ Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium & sbgnya
■ Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
■ Amat terkenal & popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.


☀Emas 835
      ***********
■ Mempunyai kandungan 83.5% emas.
■ Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium & sbgnya
■ Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
■ Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.


☀Emas 750
      ***********
■ Mempunyai kandungan 75% emas.
■ Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium & sbgnya
■ Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
■ Kurang popular dikalangan pembeli emas krn mutunya kandungan emas di dlmnya adalah kurang.

✨✨✨✨
Emas yang paling tinggi ketulenannnya ialah Emas 999.9

Emas 999.9  paling bagus untuk jadikan Aset / simpanan jangka panjang.
Emas 916 terkenal sebagai barang perhiasan/barang kemas.

klik untuk lain-lain tentang POWER GOLD

20150826

Bertukang buat rak untuk bilik stor

Sambil-sambil sapu habuk kat blok, aku berazam nak kemas sekali bilik stor rumah kami. Tahulah bilik stor tempat sembunyi dan sorok segala benda biar rumah pura-pura kemas. Hik.


Jadi hari tu, selepas beberapa lama bini ni merajuk maka my tok laki merajinkan diri membuat rak special untuk bini kesayangan ni. Iya lah, mana aku tak merajuk..aku tempah rak ni sebelum puasa lagi, tangguh-tangguh sampai lepas raya. Orang beli perabot mesti nak pakai rayakan? Aku nak beli rak kat Giant hari tu dia kata tak kukuhlah..mahal lah.. ah.

Bila tengok orang laki bertukang, rasa hensem betul..haha..ha.. boleh gitu, rasa jatuh cinta. 
Oh, my men.
Proses membuat rak ni bukan main lama tau, sebab banyak sangat ganguan. Sekejap jiran bawa parang patah la, cangkul tercabutlah.. minta tolong welding balik. Haha..


Tok laki tunjuk dulu macam mana nak cat besi ni. Lepas tu aku buat, masa ni Luth tengah tidur. Senang betul kerja. Lepas tu dia bangun, tapi dia tak kacau pun..bagus sangat Luth. Tengok je, sambil makan ais cream nga mak dia.

Nanti aku tunjuk hasil rak ni. Laki aku cadang nak buat dua, besi, kayu beli untuk 2 rak kononnya barang banyak sangat. Tapi bila dah bawak masuk dalam bilik, oh.. dah cukup, bilik pun dah penuh. 



Tukar Ringgit yang Susut Nilai

Assalamualaikum,

Susah betul nak susun ayat bila lama sangat tak menulis. Hilang skill mengarang, tulis-tulis, padam. Tak tahu nak mula dari mana..

Pasal PTPTN tempoh hari, oh rupanya ramai juga yang senasib dengan aku. Apa hasil siasatan Biro Pengaduan Awam (BPA)? Aku rasa tak ada apa diaorang siasat pun, diaorang forward je surat aku kat PTPTN. Kemudian, PTPTN mengulang balik cerita sama. Apa yang aku dapat cuma mungkin sedikit kekalutan dari pihak mereka. Nak salahkan pegawai-pegawai mereka pun.. takat boleh tadah telinga. Takat itu je kuasa mereka. Tahulah keadaan sekarang ni, mana yang boleh cari duit..cari juga.

Sekarang aku dah buat penstrukturan balik dah. Pasal CCRIS tu, aku tak tahu lagi macam mana cerita. Rasa malas dan bosan. Rumah pun malas dah nak fikir. Nanti-nanti reda sikit, kalau ada rezeki usahakan balik.

Oleh kerana target kami untuk sediakan duit muka nak beli rumah hari tu dah tercapai tetapi rumah nya tak dapat. Rasa macam dah tak ada semangat nak buat saving lagi. Tambah lagi tengok perkembangan duit ringgit kita ni. Setiap hari tengok graph yang makin naik. Makin naik jurang bandingan ringgit dengan duit luar. Nilainya makin jatuh. Esok-esok kita bawak duit beribu-ribu nak beli nasi lemak pagi.

Jadi, aku mula belajar-belajar sikit-sikit pasal EMAS.


Ini lah rupanya bar gold pertama aku, seberat 5g. Dapat gaji nanti, ada rezeki boleh tambah simpanan.


Nak cerita detail tak ada pengalaman lagi. Insyallah dah pandai sikit lagi aku story sikit-skit. Tetapi kalau sama-sama nak belajar dengan aku, boleh je kalau nak contact aku.. nanti aku refer kat stokis emas ni, jiran sebelah rumah aku je.

Aku beli malam ahad 23 August 2015. Harga dia RM170 segram. Aku bagi duit dulu, sebab barang tu tak ada kat tangan dia, dia bagi kat aku malam esoknya hari Isnin. Aku dapat tahu petang Isnin tu dalam pukul 5.30 petang harga emas naik lagi, RM5 segram. Sebenarnya, bukan harga emas yang naik banyak sangat… tetapi duit Malaysia yang dah jatuh dan jatuh lagi.

Itu jelah aku nak share. Fikir-fikirlah... Kalau serius nak tahu, nak beli,  boleh email aku petakbunga@gmail.com nanti aku bagi contact number aku. Kita cerita-cerita, sama-sama belajar. Aku duk area Rawang, kalau korang duk sekitar ni..insyallah kita kita boleh jumpa, sama-sama belajar simpan emas pula.



20150714

Sekarang aku tak puas hati dengan PTPTN dan CCRIS

Assalamualaikum,

Lama menyepi, tiba-tiba muncul nak dekat-dekat raya. Banyak dah benda terlepas nak update. Nak update-nak update lepas tu tak sempat nak menaip. Nak menyusun ayat, macam dah hilang skill menulis pula.
                 
Ada cerita Luth jatuh basikal, kena kunci pagar, dahi luka terbelah. Dahi pun dah tinggal parut sekarang. Tapi jangan risau, masih kekal comel macam dulu. 

Selain perihal Luth, PTPTN punya hal…

Aku malas nak ulang tulis lagi, kalau rajin bolehlah baca cerita aku ulang tayang print screen kat sini… Biro Pengaduaan Awam (BPA) Ni je channel yang aku jumpa boleh buat pengaduaan. Aku tak tahulah apa tindakan yang mereka boleh ambil, atau kena balik kat aku. Tunggu dan lihat lah..

Aku macam dah tak tahu nak mengadu kat sapa. Telefon Customer care PTPTN cakap gitu, telefon pegawai yang konon ada pangkat sikit cakap gitu..pegawai ini cakap gini.. aku share kat fb masalah aku.. macam-macam komen, message member-member yang cakap bagi pendapat.

Sehingga cerita ni ditulis, aku dah dapat surat tawaran baru penstrukturan semula PTPTN aku. Surat perjanjian lebih kurang surat dulu cuma kononya penstruturan semulanya nanti dah tak ada hutang dalam CCRIS. Surat perjanjian masih dalam tangan tak buat apa-apa lagi.. mana sempat nak pergi cari setem hasil, mati setem, sign itu-ini.. Ya Allah, musim-musim raya ni dengan jadual kerja penuh. Serabut betul!

Rekod CCRIS? Mana boleh hilang! Tunggulah setahun lagi.
Mereka salahkan aku.

Bayar pun kena macam ni! Tolonglah jangan cakap aku tak bayar! 

20150508

Lukisan Luth

Ikutkan tok ma dia, tak bagi aku beri karyon kat Luth lagi. Awal sangat katanya, tambah pula mak aku takut Luth conteng dinding macam sepupu dia Adam. Habis semua dinding rumah dicontengnya. 

Tetapi aku rasa budak dan pensel warna tak dapat nak pisahkan. Rasa tak nikmat jadi budak kalau tak dapat mewarna dan menconteng.


Walaupun hakikatnya Luth belum pun cukup 2 tahun. Tetapi aku rasa dah selamat berikan dia karyon pasal dia dah tahu bezakan makanan dengan bukan makanan. Tak ada dah masuk mulut.


Aku beli karyon kat kedai RM2 je. Iya mungkin tak cukup selamat untuk baby aku. Oh. 
Tetapi Luth ni cerdik juga, bila dia habis mewarna, karyon tu lekat kat tangan dia mesti dia cari aku.

'Kotor', sambil tunjuk tangan. Minta tolong bersihkan tangan dia.
Dua lukisan atas tu bukanlah lukisan Luth. Tu masterpiece ayah dia. 


Kat bawah ni baru masterpieces Luth.

Hari-hari melukis. Balik tadika mesti cari karyon dia. Tinggal itu je, sebab masa-masa Luth mula dapat dia asyik patahkan karyon. Sekarang baru dia tau karyon untuk melukis, mewarna.


20150505

Apa yang diajar Universiti kehidupan ni?

Anak saudara laki aku dah habis spm. Baru-baru ni aku ada tolong dia atau bahasa mudah cakap pengaruhi dia pilih course untuk diploma nanti.

Kompleks sungguh procedur sekarang ni ye. Aku tak tahulah kalau budak-budak kat kampung yang tak ada kemudahan internet semua macam mana nak minta masuk U. Semua main online je sekarang. Aku pun tak berapa reti proses online nya.

Nak belaja apa?

Ni pendapat akulah. Mula-mula, mestilah ukur baju kat badan sendiri. Kalau result sangat-sangat baik mungkin boleh skip step ni. Macam anak buah aku ni, dengan result tu memang dia dah tak dapat nak apply medic, asasi atau farmasi. Course ni kira betul-betul budak pandai belajar lah ye. Result sederhana tu, pilihlah course lain.

Jadi aku tanyalah dia, dia minat apa? Katanya minat Matematik. Dia pun nak applylah course Matematik. Aku rasa boleh je, semua course baik, tapi kena juga tengok lapangan kerja esok-esok. Check banyak ke iklan jawatan kosong untuk lulusan tu.

Pengaruh punya pengaruh, habis semua Engineering course dia apply. Alah lebih kurang mak saudara dia ni juga. Student engineering patutya pandai juga matematik atau duk celah gigilah ye.

Universiti mana nak belajar? Kalau boleh pilihlah yang orang-orang sebaya mak saudara ni biasa dengar. Sebab kami-kami nilah yang akan ambil korang kerja. Bagi kami yang tak berapa muda ni, dalam kepala otak kami..Universiti kami belajar dulu-dulu yang paling baik la konon. Mind set juga ni. Kalau U baru tu, kami tak tahu. Berapa ramai dah yang berjaya?

Tapi aku tak boleh fikir Universiti ajar benda ni? Course apa ni?


Janganlah takut belajar susah. Mana ada yang senang kat dunia ni.

Kadang bila aku cerita aku sekarang ni kerja pun penat, ada yang tak percaya. Tak mungkin dah belajar tinggi-tinggi pun kerja susah juga. Bila boleh rasa senang? Dari sekolah lagi aku rasa berpenat-penat belajar, masuk U, kerja. Mana ada senang dalam hidup ni. Sampai tutup mata. Kalau korang baca biodata tokoh-tokoh yang berjaya kat dunia ni..mereka pun tak mudah kecapi kejayaan. Dan tak pernah berhenti. Manusia tak akan puas.

Kita tak tahu nasib kita macam mana lagi. Kalau kata nak kaya, hidup senang esok-esok…masuk Universiti pun belum jaminan masa depan.

Bila kita dah tak berapa muda lagi ni, kita renung diri sendiri, lihat apa kita dah capai? tengok sekeliling kita, kawan-kawan difacebook, nasib orang tak sama. Ada yang kita rasa jauh lagi bodoh dari kita, dah capai kejayaan besar. Ada yang pandai dari kita, hidup biasa-biasa.

 Semalam anak buah aku bagi tahu dia nak masuk matrik. Insyallah akhir bulan ni daftar.

Apa yang penting, usaha dan doa. Bersyukur dengan kehidupan kita. Sungguh-sungguh...kalau tak kita hanya rasa sesal.

20150503

Mudahnya tanam daun bawang


Aku jarang beli daun bawang. Kadang kalau buat sup pun tak letak daun bawang. Agaknya pasal tu sup aku tak cukup rasa kot. Eh.. tau la bila beli daun bawang seikat, gunanya sikit sangat. Banyak kali dah aku cuba tanam balik daun bawang tu.

Tapi, banyak kali mampus. Tahulah tanam daun bawang yang dah separuh layu. Sibuk kan nak tanam masa pokok tu segar lagi.

Ini aku buat experiment tanam pokok bawang dari bawang sendiri. Letak je bawang atas tanah, seminggu kot dah bercambah. Senang sungguh hidup.


Letak daun bawang dalam gelas berikat reben depan televisyen memang over. Luth asyik duk terliur dengan pokok bawang aku. Awasi Luth dari cubaan menyentuh daun bawang. 

Esok-esok aku nak buat experiment guna bawang holand pulak. Boleh ke?

20150428

Strawberry Genting Highland

Ini cerita minggu sudah-sudah. Cerita berjalan-jalan kat belakang rumah. Dulu masa kali pertama pergi, tak kena bayar lagi. Pergi kali ni dah kena bayar. Tetapi puas hati jugalah.

Berbaloi dengan bayaran sikit. Ada penambahbaikan.

 

Kali ni aku berpeluang petik strawberry sendiri. Hari tu datang strawberry kecil secoit tak kuasa nak memetik. Beli je terus yang dah packing.

My tok laki tanya berapa sekilo ni? Ceh, kilo tu? Hambik kau, aku terpetik setengah kilo…haha..


Sebiji petik, telan terus budak kecil tu. Lepas tu, Bangla tukang jaga tak bagi Luth masuk, takut rosak habis pokok dia. Setahun tak berbuah nanti.

Belum sempat keluar dari ladang strawberry ni, dah habis budak ni makan suku kilo strawberry. High maintenance budak kecil ni. Lain kali aku ajar makan tomato sudah. Low cost sikit.

Tak ada pulak gambar petik strawberry. eh.


Petik bunga, eh... bukan tak sempat petik. Luth cium je ye.


Banyak masa berlari-lari ke sana, ke sini..


Ada orang ambil gambar kat gelongnsur ni, tapi tak bagi anak dia duduk. Kotor tau.. tapi anak aku tapi apa tahu.


Malaysia hot.


Oh my God.


Okey, cerita Genting Higland belakang rumah.

20150427

Apa yang budak umur 2 tahun belajar di tadika?

Sudah lebih sebulan kami hantar Luth ke tadika. Aku rasa tindakan yang kami ambil ni sangat wajar. Hari ini, Tok Ma Luth pun dah balik ke rumah kami dan Luth masih kami hantar ke tadika. Niat nya, mungkin sampai bila-bila. Maksudnya sampai dia betul-betul sekolah ke apa. Atau ada perancangan seterusnya.

Perkembangan Luth selepas lebih sebulan sekolah tadika.

ABCDEFG tak habis-habis. Hi,hi, tak ada sambungan dari sebelum dan selepas hantar tadika. One, two, 3, 4 sampai seven je. Satu, tiga, empat, lima.. nombor dua masih hilang entah ke mana. Alif, ba, ta, sa, ya..hamzah terus. Suka hati dia je… Comel. Sembahyang pun tunggang terbalik ikut mood. Comel juga.

Bila hari-hari minggu, apa yang seronok mak-mak bekerja ni adalah dapat bersantai-santai kat rumah dengan anak. Kalau boleh pergi jalan lagi seronok. Tetapi tak boleh selalu, sebab rumah memang jarang terurus hari-hari biasa. Hari minggu memang banyak kerja. Tak payah bayangkan rumah aku macam mana. bersih sungguh.

Sambil aku berkemas, masa itu juga Luth berkemas.


Ni gambar semalam. Aku sedang sapu habuk, sampah kat depan rumah, bila aku pandang belakang, tiba-tiba Luth buat aku gembira. Dia sedang menyusun semua kasut-kasut yang bersepah.

‘Mesti belajar kat tadika ni. Ada juga benda yang dia belajar sebulan, 2 ni..’ Bangga aku.



Aku suruh Luth pose gambar comel sekeping. Luth kan budak rajin. Macam mak dia.


Tak lama kemudian..




Aku rasa Luth sedang jemur kasut.
Sebelum hujan. Semalam tak hujan, mendung je. 

20150424

Hari Istimewa

Bukan semua orang tetapi ramai yang jenis macam ni. Penat sungguh jadi orang perempuan ni. Pergi kerja, balik kerja rumah urus rumah tangga lagi. Kerja macam tak habis-habis. Lepas tu, itu ini..sibuk.

Benda yang penting pun kadang-kadang tak berapa nak masuk kepala otak ni. Sebagai contoh hari istimewa teman lelaki ku kadang boleh terlupa. Sebenarnya aku tak lupa, cuma konfius sikit pasal aku ingat hari ni. Hari ini birthday celebration dan hari kanak-kanak tadika Luth.

Pagi semalam bila aku buka fb, ada notification birthday teman lelaki aku. Ooo..
Cepat-cepat whatup wish birthday, kekonon pagi tadi tak sempat nak wish selamat..Okaloh.

Ini kek celebration birthday kat kilang aku semalam untuk birthday anak April. 

Balik kerja semalam beli 1 kek untuk teman lelaki kesayangan hamba.

Selamat hari lahir abang. 

Walaupun 3 beranak makan kek dengan banyak tetapi isteri solehah tetap kena masak nasi. Entah macam mana, gelas boleh jatuh berderai.Jari kakiku luka, darah memancut macam sos cili. Cepat-cepat ku khabarkan kat suami tercinta. Tunjuk jariku. 

'Dah sapu tak? Nanti kena Luth. Panggil Luth cepat.'

Aku letak minyak, sambung masak. 
Tak ada adegan teman lelaki merawat lukaku. Hari tak boleh sentap. Sekian.

20150408

Petua kecantikan dari ustazah Nurhafizah Musa

Ustazah Nurhafizah bercerita perihal seorang doktor yang mengamalkan pemakanan sunah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan beliau. Kehidupan seorang doktor yang sentiasa sibuk tetapi masih mampu mengekalkan kecantikan dan kesihatan boleh diambil contoh.


1. Bangun tidur, minum air suam. Kalau dapat lebih kurang 1 botol dan suku botol mineral kecil tu.

2. Ambil 1 sudu minyak zaitun.

3. 2 sudu pati delima.

Minyak kelapa dara ni kali pertama aku guna. 5 bintang aku bagi. Serba guna. Minum, sapu semua boleh. Kalau sapu, rasa best je... minyak cepat terserap, lepas tu rasa lembut. Sapu kat rambut Luth juga biar lebat.. huhu

4. Campurkan segelas air suam dengan madu, habatul sauda, minyak kelapa dara dan zafaran. Selawat jangan lupa.

Aku cerita kat sepupu aku pemakan sunnah ustazah ni, sepupu aku cadang Qaseh gold ni. Kandungannya pun pemakanan sunnah. Untuk otak dan  mengelakan selesema anak. Tetapi Luth tak berapa gemar. Kena paksa sikit, jadi aku juga ambil. Lagipun aku menyusu lagi. Mengikut, jurujualnya..untuk ibu mengandung pun bagus.


5. Biarkan perut berehat 2 jam.

6. Makan sarapan.

7. Lepas makan sarapan, ambil cuka tamar untuk detox. Dia buang benda-benda kotor yang kita makan.

8. Amal kulit kayu manis ganti makan jajang tak berfaedah. Buat gigit-gigit. Boleh beli di Indonesia yang asli betul.

Aku sekarang selalu sakit pinggan, jadi aku cuba yang ni. Belum rasa sangat lagi keberkesanannya. Iya, tak ada benda yang ajaib sangat. Tetapi aku teruskan pengambilannya. Tak boleh ambil masa period dan mengandung.

9. Kacip fatimah herba yang baik untuk kesegaran tubuh wanita juga baik untuk diamalkan.



Kalau ikut semua yang ustazah cadangkan ni, boleh tahan juga banyak yang kena ambil. Tetapi yang penting, jaga makan. Makan benda yang baik.


20150407

Rutin mak bekerja

Setiap malam macam biasa aku akan persiapkan kelengkapan tadika Luth. Aku sediakan 2 pasang baju dan 3 helai lampin.
. Kain tuala bawa hari isnin, tinggal sampai hari jumaat. Susu, bantal dan botol air, botol susu bawa hari pertama daftar. Susu, cikgu cakap dah habis nanti dia beritahu. 

Kat tadika Luth kurang minum susu sangat. Kalau suruh habis susu dia tolak. Sekarang agaknya cikgu dia dah kurangkan buat susu. Tetapi bila balik rumah macam kebuluran pula. Belum buka pagar rumah dah minta air-air. Lepas tu mengamuk nak air, nak susu.

Bag percuma drypers yang aku nak simpan untuk Luth sekolah berguna akhirnya.


Semalam Magrib lagi Luth dah tidur. Aku ingat dia mengantuk sangat pasal paginya dia kena bangun awal. Itulah pasal hari minggu tidur lewat.

Bila Luth tidur awal, aku rasa sunyi-sunyi sungguh. Aloh berapa jam je sehari aku habiskan dengan anak ni, sekejap lagi sedar-sedar dia dah besar...

20150406

Landskap depan rumah

Setelah entah berapa lama aku tak ingat, minggu ni aku sempat jenguk laman sekangkang kera kat depan rumah ni. 

Sejuk, hijau je mata memandang landskap depan rumah aku ni. Aku buat konsep, 'Go to green with rumput rampai' ' kira ada kelainan lah sikit. Kalau ma aku ada, mesti dia dah tukar laman konsep gurun sahara.


Petang tu, lepas puas tidur tengah hari dan ayah dia pergi kerja OT. Aku kejut Luth bangun mulakan operasi. Luth kalau buat-buat kerja macam mengemas ni selalu on je. 

Habis dia kemas, pokok-pokok bunga dan lada sekali. Mungkin Luth masik keliru membezakan konsep landskap baru ni..

Mak minta nak ambil gambar buat modal update blog pun tak sempat nak buat piss.


Aku dah masukkan sisa rumput-rampai dalam tong ni. Rai, kalau kau nak aku boleh supply raw mat untuk kompos kau? Ni baru sikit, penat dah aku. 

Nanti aku sambung kemas minggu depan, kalau rajin..

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...