Inquiry: petakbunga@gmail.com

20190502

DIY Pasu Bunga

Luth super excited with the project.

Botol susu ni banyak dirumah. Memang aku simpan, ada niat nak buat tanam pokok, tapi lama terbengkalai...


kucing ni sepenuhnya lukisan tangan Luth.. 

Since, maknya pun tak berapa pandai melukis.. kami cari je gambar-gambar rujukan dari google image. Super comel.
Kemudian, aku potong lakaran, dan Luth menekap ke botol plastik. Maknya tolong gunting lakaran kasar Luth.


Seterusnya, lukisan pensil ditekap dengan marker. Geram juga lakaran comot Luth..
Tapi tak apalah, lawa-lawa bukan boleh jual pun...





Lukisan comel ni katanya muka mak...


tiga ekor kucing sekeluarga, Ayah, Luth & Mak



Happy family


Cari lagi botol susu jumpa lagi... buat katak comot pula...

20190304

Kerja kimpalan besi

Business kecil-kecilan cik abang kita masih berjalan seperti biasa. Selain kerja-kerja buat awning, grill, repair rumah etc. Cik abang kita juga ambil tempahan lain-lain barang besi barang rumah....

Tempat gantung baju. Sesuai untuk rumah dan kedai-kedai baju.
 Tahan lasak dari yang jenis sambung-sambung beli kat supermarket...

Ampaian baju beroda, senang nak alih bila tiba-tiba hujan.. nak sidai selimut pun tak risau.. kami ganti balik kalau putus..

Tempahan dari customer online pun alhamdulillah boleh tahan. Senang deal dengan mereka...
Tempahan meja untuk heavy duty oven.. Dia nak yang memang tahan, kukuh untuk oven mahal dia..he..he.. Confirm business maju jaya..

Ni meja yang dah siap, lama dah buat ni.. rasanya customer ni dari PJ, customer datang pickup.. 


Meja akuarium ni customer dari Shah Alam.. Maaf sangat sebab lambat deliver, jauh kan.. tapi customer ni baik sangat.. deal pun mudah sangat..
Customade meja tempat letak akuarium

Siap bayar lebih lagi ni... ishk, untung betul dapat customer macam ni.. kita pulak rasa service kita bagi tak cukup dengan kebaikan diaorang... mintalah murah rezeki mereka suami isteri.. mereka buat pameran akuarium katanya...

Whats App: En Zaid +6017 9571256 untuk detail

20190129

Pandai Panda


My Luth sayang dah enam tahun ni. Masih anak tunggal, belum ada rezeki kami. Doa-doakan bertambah ahli tahun ni.

Cikgu post gambar ni group whatapp. Alohai anak, semua kawan-kawan warna bear cantik-cantik semua. Geram betul aku, Luth selalu ngelak kalau suruh warna. Dia paling tak suka mewarna. rela buat matematik kira-kira dari suruh dia mewarna..


Hari-hari tanya belajar apa kat sekolah.. dia cakap belum belajar lagi, cikgu suruh kaler-kaler jer… Oit dah nak habis bulan pun belum belajar. Mewarna-menyanyi dia tak kira belajar kot.


Balik rumah aku tanya dia, kenapa tak warna bear macam kawan-kawan lain...

Luth buat Panda, kawan-kawan Luth buat Bear. Panda paling kuat, makan Bear.. Panda menang...
Mak Luth... okey......

#Kerja makin stabil. Musim sibuk pun dah habis. Hujung-hujung. Alhamdulillah semua nya makin baik-baik. Kadang-kadang datang ofis termenung, fikir nak buat apa. Eh…Ingat nak isi kekosongan (ceh) dengan kembali menulis… tetapi skill menulis belum datang lagi. Kena mula dulu, baru datang kot… Sedih betul setahun 2018 1 entry ciput je..



Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...