Inquiry: petakbunga@gmail.com

20190628

Aloe Vera indoor plant


Antara kesayangan hamba Aloe Vera aka Lidah Buaya. Aku memang sangat-sangat suka tanam alovera.. dan aloe Vera aku memang suka beranak pinak. Sekarang indoor plant intrend balik kepada pendeco dan pencinta tumbuhan. Dipercayai antara indoor plant yang boleh membersihkan udara.

Kesayangan hamba baru re-pot letak kat office. 

Letak dalam mug je, tadi kena tegur dengan laki hamba kenapa guna mug kat dapur…nanti ganti balik, cemuh dah pakai mug ni… (mug percuma darlie).
Alovera ni jenis kecil, letak dalam mug ni pun tak apa, lambat membesarannya... Aku juga ada tanam Alovera yang jenis besar tapi kecil lagilah sekarang. Yang jenis besar tu target nak buat air..





20190627

Warna-warni Aglaonema


Kebanyakan tumbuhan dilaman sempit aku pokok-pokok dan tumbuhan yang boleh dimakan. Ala-ala edible garden gitu. Tapi kalau dah permpuan, teringin juga pokok-pokok hiasan, pokok bunga.
Ini antara koleksi aglaonema nama standard dia, aku panggil keladi lah senang… Tak banyaklah…


 Yang ni biasa punya. Border dark pink, mix hijau.

 Tulang light pink dengan hijau.

 Yang ni tak berapa subur lagi, rasanya baru juga tanam. Pink hijau juga tapi lain tompok.

 Hijau dengan tompok putih.

 Hijau tompok pink.

Pasu baru dah habis. Pink dengan hijau gelap.

Sebelum ni aku just tanam dalam bekas plastik recycle botol je, tapi lepas tukar pasu kedai eco ni..rasa cantik pulak…Rasa teringin nak tambah koleksi pulak…Terigin nak yang colour merah manyala ni.. Cantikkan?

Dark red & Green ni rasanya belum ada...
Sumber: Google

Kebanyakannya, aku dapat dari kampung. Rumah sepupu aku, suka membeli, lepas tanam sekejap, bosan terbiar… Baik minta sikit sebelum terbiar terus pupus… Ada juga bertukar-tukar pokok dengan jiran.  
Tanam pokok ni senang sangat. Potong je, dan cucuk je kat tanah. Setakat ni, cucuk je hidup.. Selain itu kalau nak selamat, kat celah-celah pokok induk, biasa ada anak-anak dia.. Pecahkan je anak pokok dari induk, tanam balik..


20190626

Customade meja akuarium

Cantiknya meja customer kami ni...
Customade meja akuarium ni murah sangat-sangat.. 
Customer pulak tersangat baik...semoga mereka dimurahkan rezeki..


20190624

Kebun Laman PetakBunga

Sebahagian tanaman di laman seciput aku.. belek2 gambar ni, ada lagi rasanya tanaman yang termiss nak ambil gambar... macam serai, pegaga..

Ni benih lada kering kerinting.

benih lada besar merah

lada kecil, tapi besar sikit dari lada burung..

Pucuk gedi. Tak pernah cuba lagi masak.. katannya berkhasiat. Beli keratan bayam brazil dapat percuma keratan gedi. 
Senam hidup. cucuk je hidup.

Pucuk manis. Ni pun jenis mudah hidup.. dulu my mom suka cucuk2 batang dia kat mana2.. merebak2 kat rumah ni.. ni pun aku selalu potong, kena kawalan..


Kunyit baru je nak subur.

Halia. Sekarang dah panadai tanam halia..
dulu tanam cukup susah nak hidup.. sekarang mmm... :)


Hali lagi..

Lengkuas

Pucuk beko. All time ulam fav aku. Ambil keratan dari kelantan. Baru nak subur juga.

Serai kayu. Ada orang panggil daun salam. Ulam buat nasi kerabu..

Daun kari

Daun kadok.. merebak-rebak..

Tebu telur baru lepas tebas. Pokok ni kena selalu cantas lepas berbuah.

Asparagus baru beli juga..

Daun sireh. Time emergency, gatal2 a.. wat rebusan.

Daun pudina.. tak subur..

Kucai ni dah bertahun2 tanam, tapi tak membiak...

Anak bendi.

Ni bayam brazail, baru cuba tanam. Cucuk je hidup.

Anak boye

Mak boye. Baru ni baru dapat alovera giant. Kecil lagi.. tak ada dalam gambar. Harap membesar jadi giant. Mimpi nak makan alovera pure jus.

Buah tin baru gugur... sedih.

Kapas renek

Pokok tin lagi.

Strawberry low land. Panas jadi subur.

Alhamdulillah sebahagian tanaman aku di garden seciput. Semua tanaman ni aku tanam dalam pasu ye... since ruang terhad..



Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...