Inquiry: petakbunga@gmail.com

20121224

Bahaya nikotin

Sudah berapa kali mak cakap merokok ni merbahaya...

Tengok pokok lidah buaya mak, hidup segan mati tak mahu.


Kulit kuaci yang tercemar dengan air liur nikotin perokok. Ayah, bila nak berenti merokok?
Mak tak suka, tapi mak malas nak membebel. Ayah





20121221

Mual geletek

Suka geletek-geletek perut mak...

Geli tau..



oh dah mula mual...

10minggu..


20121215

Kuatlah anak mak



Lama benar tak update blog, alhamdulillah  semuanya baik-baik. Hampir 4 bulan bergelar isteri orang, melalui hari-hari bahagia kami. Banyak lagi yang masih perlu belajar.. Oh, ada berita baik lagi, kandunganku juga akan masuk 3 bulan tak lama lagi. Anugerah yang tak ternilai untuk kami.


Ahad, 18.11.2012

Mak bangun awal hari ni, sebelum solat subuh mak sudah siap sedia. Sangat berdebar-debar, walaupun period mak sudah lebih seminggu lewat. Ye, ada dua garis muncul. Tapi mak tetap tak percaya, takut salah tengok, kejutkan ayah. Alhamdulillah.


Isnin, 19.11.2012

Mak teringin sangat nak makan ice cream tuty fruity. Petang tu, lepas balik kerja mak terus drive ke Rawang, hajat hati nak sangat makan ice cream. Walaupun penat dengan jammed balik kerja tapi mak puas. Mandi petang tu, ada tompok-tompok darah keluar. Mak sangat takut. Bagi tahu ayah, normal la kot..tanda-tanda awal mengandung.


Selasa, 20.11.2012

Pagi ni mak pergi kerja macam biasa, tapi mak tetap risau..ada lagi tompok-tompok brownish yang keluar. Mak bagi tahu ayah, kalau makin banyak mak nak ambil separuh hari onleave hari ni. Mak tak dapat bertahan, makin lama mak rasa makin basah, badan juga rasa lemah sangat. Mak balik awal hari tu, lelap mata sekejap sebab mak rasa sangat letih. Tengahari tu ayah teman mak jumpa doktor pakar. Kami ceritakan masalah kita. Doktor scan perut mak, dan itulah pertama kali mak dan ayah melihat anakku. Kau hanya bulat anakku. Kecilnya…Alhamdulillah kau selamat anakku. Doktor bagi mak cuti seminggu. Kata doktor itu tanda-tanda awal keguguran.


Jumaat, 23.11.2012

Hari ni ayah bawa mak pergi klinik dapatkan ubat untuk mak. Semalam mak tak dapat tidur, selesema teruk. Mak tak dapat bernafas. Tapi doktor tak bagi mak ubat, sebab takut menjejaskan kandungan mak. Dia suruh mak bertahan. Suruh mak beli vapor vick dan sedut dalam air panas sahaja. 
Lepas balik dari klinik mak dengan ayah singgah econsave nak cari barang dapur. Pusing-pusing kat pasaraya tu, tiba-tiba mak mula rasa basah-basah. Mak rasa letih yang amat sangat. Cepat-cepat mak bagi tahu ayah nak balik. Balik rumah tu mak betul-betul terkejut. Darah dah banyak keluar. Berketul-ketul. Mak menagis. Mak sangat takut. Ayah suruh mak baring, tenangkan diri. 
Malam ni jugak, kami ke unit kecemasan hospital selayang. Masa tu mak rasa sudah okey sikit. Mak tak rasa sakit langsung, cuma letih sangat. Doktor scan perut mak, periksa ….. Doktor panggil ayah suruh lihat sendiri anak kami. Mak tak dapat lihat anakku masa doktor scan sebab alatnya tak sensitive macam kali pertama doktor pakar klinik swasta scan dulu. Doktor soal mak macam-macam… pernah keguguran ke.. ada jatuh ke.. banyak mana darah keluar..  ada sakit ke.. Alhamdulillah semuanya okey. Doktor cakap selagi kantung baby tak jatuh semunya selamat.. Doktor cakap, ianya berwarna putih.. Tak ada, Cuma darah cair dan pekat sahaja. Ini kali pertama terjadi. Doktor bagi mak cuti rehat dua minggu lagi. Mak tak boleh buat kerja berat. 
Kandungan mak, kandungan terancang.  Kata doktor, pendarahan ni banyak berlaku sekarang. Bertabahlah anakku.



Mak dan ayah berjanji akan jaga kamu sebaik mungkin, insyallah kita akan berjumpa tak lama lagi. Kuat ye anakku… Alhamdulillah menjelang 3 bulan tak lama lagi, kandungan mak makin kuat. Mak tak ada alahan, loya  muntah dan sebagainya.. mak dapat makan dengan baik. Cuma mak sentiasa hati-hati, beringat-ingat bila bergerak,  sebab mak takut anak tak kuat lagi. Perut mak pun dah nampak walaupun belum menjejak 3 bulan.  

20120818

Kahwin Raya


Alhamdulillah pelamin sudah mula dipasang. 
Oh saya beraya dengan pelamin la tahun ni...


Tinggal beberapa hari lagi saya akan menjadi isteri orang. Memulakan fasa baru dalam hidup saya. 
Semoga hidup saya akan lebih baik selepas ini. Insyallah.



Selamat hari raya Sara ucapkan kepada semua sahabat-sahabat PetakBunga. 
Maaf ada salah dan silap terkasar bahasa. 
Doakan majlis saya berjalan lancar.

Amin.






20120814

Cerita Makeup ala Dukun Degawan


Pada asalnya memang tak nak buat pelamin, family pun tak berapa galakkan buat pelamin cukup dengan hiasan bilik tidur sahaja. Tetapi saya ambil juga pelamin, tak ada niat nak bersanding, lagi pun saya pemalu.. ho..ho.. Cuma untuk bergambar kenangan dengan family semua. Lagi pun saya ada menempah photographer juga nanti tak ada tempat pulak nak posing. Tak akan satu family nak masuk dalam bilik semua.

Saya ambil package pelamin yang basic, sewa dengan bridal dekat rumah. Baju 3 pasang, makeup 2 kali, pelamin, hiasan bilik tidur, meja beradap, khemah, kerusi dan meja saya bayar kurang 2ribu. Saya rasa tu yang paling package yang paling murah. Agaknya kat kampung memang murah sebab saya dengar kawan-kawan kahwin semua ribu riban. Hasilnya nanti macam mana? Saya tak pasti, adik saya cakap kawan dia sewa cantik, saya yer kan ajer.

Lagipun masalah cuti. Cuti balik kampung hari tu pun tak lama, masa tak cukup untuk buat survey. Banyak lagi urusan yang saya kira penting seperti dokumen-dokumen semua. Ada jugak cuba bertanya kat fb mana-mana yang tahu, tetapi kebanyakannya sekitar kawasan KL, Selangor sahaja. Tak akan saya nak bawak balik package balik Kelantan. Tak mampu hu..hu..

Oh saya agak risau pasal makeup, ada masalah besar dengan kening saya yang sangat tebal dan bersepah. Bakal suami saya juga tak bagi cukur. Pandai ke mak andam saya makeup tanpa cukur kening? Belum tanya lagi mak andam. Tapi saya tahu ADA!. Ada yang boleh makeup tanpa mencukur kening. Tapi mak andam saya ni bukan Makeup Artis (MUA).

Belum jumpa lagi mak adam dan belum tanya lagi pengalamannya, mana tahu dia memang makeup artis. Kot, tiba-tiba dia cakap 'AKAK NI MUA Misha Omar' atau tiba-tiba makeup muka saya jadi Neelofa. Dush!!!


Tergelak tengok makeup masa tunang, adik-adik saya jadi tukang makeup maklumlah kakak ini langsung tak pandai makeup. Ada sikit macam dukun Degawan dalam cerita susuk dulu-dulu.. akhirnya saya ambil tisu dan sapu balik makeup kening mak andam tak bertauliah ni…Tak apa la dik, terima kasih atas jasamu.


Oh saya tak boleh ketawa kuat-kuat nanti susuk jatuh.



20120813

Masa untuk Packing Doorgift


Doorgift untuk kanak-kanak Sara beli kat warehousale cocoland hari tu..beli lot100 gula-gula.

Banyak jugak memborong selain untuk doorgift, tak tahan tengok coklat...oh..oh... makan coklat yer raya rumah saya tahun ni..biskut kurang..mahal oh, beli biskut.

Gula-gula ni untuk kanak-kanak jer, untuk tetamu semua mak cadang nak kasi telur, ikut tradisi kita. Lagipun bunga tisu saya beratus sehingga hampir mematahkan pinggan tu nak buat apa? ho..ho..



Sekarang baru nak start kerja-kerja packing gula-gula.

Packing semua nak jimat, maklum lah wedding saya bukan mak bapak sponsor, ishk, ishk...


Beli plastik kosong jer, dan terjumpa kertas cup cakes lama kat dapur. Tapi,saya kira tak cukup jugak, kertas lapik biskut pun jadilah...kahwin time raya kena ada unsur-unsur raya tak gitu?

Tema kaler? Nasib lah kahwin budget...ho..ho..kertas cupcake pink tu dah kena sikit dengan tema.



Reben tu nasib la lepas ni warna apa pulak ada..ho..ho..baki buat bunga telur.



20120812

Mandi Daun Pandan Wangikan Badan


Insyaalah lagi beberapa hari lagi kita akan balik kampung. Ho ho, ho tak sabar nak balik kampung. Tak sabar nak raya… ho..ho.. sebenarnya tak sabar nak kahwin… oh, takut jugak. 

Mak asyik pesan suruh jaga badan, biar harum. Hik..hik… deodorant kan ada, perfume ada. Tapi mak selalu cakap perfume busuk.. bau kuat sangat la. Oh ye, emak tak pernah pakai perfume dan badan dia tak pernah berbau. Kali ni kena percaya petua dia. 

‘Hari minggu tu rajin-rajin lah rebus daun-daun kayu tu buat mandi… biar harum sikit bau badan.’ 

‘Mana ada daun kayu kat rumah sewa ni.’ 

‘Rebus jer daun pandan, daun lengkuas kat depan rumah tu. Buat mandi, gosok-gosok serata badan’ 




Tak pasti la betul ke petua mak saya ni. Tapi ikut jer la lagi pun daun pandan kan wangi. Dan kena percaya petua dia, dia kan mak. 


Biasa kalau kat kampung, mak suruh mandi dengan daun jambu batu. Tujuannya bagi kelatkan kulit. Kelat? Mengikut mak daun jambu batu ni sifat dia kelat. Tumbuah yang sifatnya kelat bagus untuk sejukkan badan lembutkan kulit. Betul saya percaya, mandi dengan daun jambu batu memang saya suka. Rasa licin sikit kulit lepas mandi. Tak sabar nak balik kampung. Kat kampung senang macam-macam boleh buat, semua bahan ada kat sekeliling rumah aje. Dijamin selamat. 



Oh tak sempat nak pergi spa…


20120811

Tutorial ikatan reben bunga telur

Tak payah cerita, tengok gambar pun rasanya sudah faham. Tak perlu kot buat video nanti upload lambat, broadband slow.. hu..hu..




 




Macam ni pun boleh jadi tutorial?

Jangan tak tahu, ada sekarang zaman internet semua kita search...google.. 
Tutorial memasak air pun perlu tau. Kalau tak pandai, air masak payau tau..

sapa tu yang search cara-cara nak ikat reben?

saya la tu...





20120810

Tutorial Bunga Carnation aka bunga tisu

Saya tahu ramai yang dah tahu buat bunga ni... tapi ini kan Diari. Saya saja nak tulis untuk ingatan diri sendiri & mana tahu ada yang tak pernah tahu dan tercari-cari idea nak DIY sendiri. Boleh? 

Saya kira bunga carnation ni yang paling simple untuk yang tak berapa pandai dan keras tangan macam saya untuk save bundget kahwin :).



Sehelai kertas tisu ni boleh buat 4 kuntum bunga. Jadi nak senang agak, potong terus jadi 4 bahagian.



Ambil 1 bahagian potong lagi jadi empat segi macam gambar kat atas. Panjang-panjang.


Kemudian lipat-lipat macam lipat kipas.


Kat tengah-tengah tu potong sikit, senang nak ikat wayar. 
Bahagian tepi potong serong jadi kelopak-kelopak sikit.


Selepas diikat dengan dawai, boleh tarik sehelai-sehelai.


Maka siap lah. 

Magic, 
bunga merah boleh jadi biru.


boleh tengok contoh yang dah siap kat sini, sini, dan juga di sini..

Siapkan 500pcs small matter...ha..ha...



hu..hu...  



20120809

Harapan buat isteriku





Abang harap isteri abang nanti seorang yang beriman. Boleh mengaji, boleh ajar anak-anak abang baca Quran. Ringan sikit tanggungjawab abang. Senang sikit abang.


Abang harap isteri abang nanti tidak sombong, peramah  dan merendah diri. Semoga dia memainkan peranannaya untuk  menyatukan kembali keluarga abang. Abang impikan keluarga abang kembail seperti mana arwah ibu masih ada.


Abang harap isteri abang pandai masak... abang tak cerewet. Abang makan aje, abang dah jemu makan luar… please..please..please…



Banyak yang abang harapkan tapi abang syukur apa yang abang ada. Allah sudah berikan yang terbaik untuk abang.


insyaallah.

20120806

DIY album wang hantaran


Saya faham susah tunang saya nak buat persiapan kahwin tanpa ibu di sisi. Tak apa lah, mana yang mampu saya akan tolong. Saya juga macam tu, mana yang saya tak dapat buat, saya mintak tolong dia, kami tolong menolong untuk menyiapkan majlis kahwin kami nanti...

Hari-hari tunang kita asyik tanya... sudah beli ke belum album dia nak letak wang hantaran? Saya beli yang murah-murah jer dan cuba nak balut.

Ini album yang belum dibalut. 


Tengah tu ada tempat letak gambar, saya dah potong kertas hitam tampal kat situ.

Ni album yang saya dah balut, dengan kain bersinar-sinar skit saya recycle baju bundle yang saya tak jual. 


Belum tunjuk lagi kat dia...kalau dia tak suka tak apa lah...beli yang lain.. saja gatal tangan balut.. macam berlebih-lebih pulak...



20120803

DIY bunga tangan


Main pusing-pusing reben dalam entri kat SINI... tiba-tiba reben bertukar menjadi ini…



Bukan satu.




Tetapi dua aje..



Saja-saja buat bunga tangan ni untuk adik-adikku bergambar dengan pengantin.. ho..ho..



20120802

Belajar minum jamu





Kunyit+asam jawa+gula melaka+air = Jamu Kunyit Asam

Insyallah, harapnya kali ni sengugut akan kurang sikit.

Selain untuk mengurangkan sengugut, jamu ini juga dapat mengurangkan  bau hanyir darah. Badan pun akan jadi segar. Rajin minum jamu ini juga dapat membersihkan organ dalam kewanitaan.


Sapa yang boleh minum air asam jawa mesti boleh minum sebab rasanya lebih kurang jer, kita dah maniskan dengan gula melaka.

Ada berani cuba?


20120731

Belajar Bayar Zakat


Sejak tiga tahun lepas saya sudah sudah mula membayar zakat fitrah sendiri. Maklumlah sudah bekerja tetap dan berpendapatan sendiri. Itu pun emak sibuk-sibuk suruh saya bayar sendiri. Pada fikiran saya, apalah sangat kalau ibubapa kita  jer yang bayarkan bukannya mahal sangat pun. 

Oleh kerana amanah yang telah diberikan ibu, saya mulakan misi macam mana kaedah membayar zakat. Kat mana-mana saya lihat banyak Amil yang kutip zakat musim ramadhan ni. Tetapi ada rasa ragu lagi, sebab saya tengok semua Amil nya lelaki. Siap bersalam ada akad semua. Takutnya... takut yang tak tahu kenapa.

Dengan sedikit keberanian yang ada, akhirnya kuatkan juga hati membayar zakat fitrah. 

Yer, perempuan-perempuan semua...
Tak payah akad semua. Jangan takut, tak payah hafal doa semua. Duduk jer, bagi tahu nak bayar untuk berapa orang. Nanti Amil akan suruh baca aje text yang dia sudah tulis siap-siap... 'Sahaja aku.. .' Lepas tu, Amil akan bacakan doa dan bagi resit. Sudah selesai tanggungjawab membayar zakat fitrah.

Senangkan.

Alhamdulillah, 

Pusat Pungutan Zakat sudah mengambil langkah mengembangkan lagi dakwah zakat dengan melancarkan aplikasi zakat pertama di Malasia sesuai dengan gaya hidup moden kini.

Saya pun tengah belajar macam mana nak bayar zakat pendapatan. Saya kira salah satu  aplikasi yang paling baik ialah kalkulator tafsir zakat pendapatan. Insyallah saya akan cuba. 

Pusat Pungutan Zakat sedang buat kempen... 'Saya suka Pusat pengutan zakat'.  

Jom kita sebarkan kempen ni, LIKE sekarang




Terma & Syarat Penyertaan Like FB MYZAKAT


TERMA & SYARAT
  1. Kempen “Saya Suka PPZ” ini dijalankan secara rasmi di www.facebook.com/myzakat bermula pada 20 Julai 2012 dan berakhir pada 20 Oktober 2012.
  2. Pusat Pungutan Zakat, MAIWP selepas ini dirujuk sebagai “PPZ” berhak meminda Tempoh Kempen tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan dan akan terbatal secara automatik.
  3. Untuk menyertai kempen ini, peserta mestilah bersetuju untuk terikat dengan peraturan kempen. Berikut adalah peraturan-peraturan umum kempen :
    • Peserta dikehendaki ‘like’ facebook PPZ di www.facebook.com/myzakat
    • Peserta dikehendaki memberi komen positif terhadap status di wall Facebook PPZ.
    • Pemenang dipilih berdasarkan komen terbaik yang dinilai oleh penganjur (PPZ) dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
  4. PPZ berhak membatalkan mana-mana penyertaan secara automatik jika melanggar terma dan syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.
  5. Sebarang syarat, terma dan peraturan yang tidak dipenuhi boleh menyebabkan pemenang tersingkir dari kempen dan pemenang gantian yang tersenarai akan terpilih sebagai pemenang.
  6. Kempen ini terbuka kepada sesiapa sahaja KECUALI kakitangan PPZ dan ahli keluarga kakitangan PPZ.
  7. Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  8. Pemenang di bawahumur 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu bapa atau penjaga sah semasa tuntutan hadiah. Pemenang dan ibu, bapa atau penjaga sah hendaklah menunjukkan pengenalan diri kepada PPZ.

  9. Keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
  10. Jika hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan disebabkan keadaan-keadaan yang tidak dijangka atau dielak, PPZ dengan budi bicara mutlak berhak menggantikan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang sama nilai.
  11. PPZ boleh meminta pemenang untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video atau filem dan pemenang hendaklah mengiktiraf PPZ mempunyai hak untuk menggunapakai gambar-gambar publisiti, video atau filem tersebut di dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang difikirkan sesuai oleh PPZ.
  12. Penyertaan kempen dan sebarang material yang dihantar berkaitan dengan kempen ini adalah hak milik PPZ.
  13. PPZ berhak menerbitkan, menyiarkan atau mendedahkan nama seseorang pemenang dalam pengiklanan atau akiviti-aktiviti promosi yang melibatkan kempen dimenangi. Semua pemenang dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka bagi tujuan pengiklanan, promosi oleh PPZ tanpa pampas an tambahan.
  14. PPZ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau tuntutan yang mungkin terjadi daripada penyertaan kempen ini atau daripada penggunaan atau penebusan hadiah.
  15. PPZ berhak untuk, atas budi bicara mutlaknya untuk menukar, meminda atau menambah sebarang terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.


'Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan.'

Pernah terfikir, kadang-kadang senang sahaja duit mengalir entah ke mana. Iya, ada harta yang perlu saya sucikan.. Ya Allah ampunkan dosaku.





20120730

Perut mahu kempis.

yer..saya belum kahwin. belum mengandung.. 
yer perempuan mengandung memang comel tapi saya belum lagi. 

15 saat pun tak larat. Penat.

computer hi..hi..

Encik photographer, make sure jangan ambil gambar perut saya.


Nak belajar pakai ni...

Nak beli tak nak...nak beli tak nak....Kena beli ini kot.. 


Hi, dah daftar http://my.churpchurp.com belum?
jom daftar sekarang..

Beli coklat murah kat warehousale


Kita tak beli pun lagi godies nak bagi kat tetamu...sebab kita tunggu ini...



YES, YES, akhirnya... saya tahu mesti Cocoland mesti buat warehousale punya.. & tengah fikir nak beli kupon ini ke tak...

Cik Cocoland, kalau buat warehousale tolong email saya tahu..

Tahun lepas saya tunggu-tunggu sampai terlepas. Dulu ada jugak tampal kain rentang kat depan office saya. Tahun lepas raya cina tak ada,  dan  saya tahu dah terlepas dan saya kecewa. Jadi tahun ini hari-hari saya search agar tak terlepas lagi...




Cocoaland Warehouse Sales on the 3rd – 5th August 2012 (9am – 7pm) and 10th – 12th August 2012 (9am – 7pm), at both these locations:

• Kepong: No.41, Jalan E 1/4, Perusahaan Tmn Ehsan, 52100 Kepong, Selangor (Tel: 03-6276 6862)
• Rawang: Lot 88, Rawang Integrated Industrial Park, 48000 Rawang, Selangor (Tel: 03-6091 3131)


Sapa yang nak ke Rawang, boleh la kita jumpa kat sana nanti..




20120729

Tsunami Air dan Angin


Sebelum menetapkan tarikh kahwin, tunang ada berjumpa dengan PakTua ni. PakTua ni orang tua kampung tunang sebab tu la saya namakan PakTua. Kononnya pandai tengok orang. Banyak pantang larang, PakTua... kenduri kena buat bila, tarikh ni elok, tarikh ni tak elok...macam-macam. Tak apa lah, mana yang baik kita ikut.

PakTua tu bagi pesan kat tunang, 
'Dia lebih panas dari awak..
Awak kena banyak bersabar dengan dia.'

Amboi, belum pernah jumpa sudah tahu perangai kita macam mana. Hebat jugak, main congak-congak nama kita dengan nama dia sudah tahu kita serasi ke tidak...

Saya tanya dia...
'Abang tak takut ke? Saya ni panas.'

Dan dia jawab...
'Insyaallah, semua boleh berubah...'


Dalam hati... senyum.

PakTua bagi petua kat tunang kita tapi bila kita tanya dia tak ingat., tapi lebih kurang ada kaitan dengan 4 unsur yang biasa kita dengar.

Anak sulung di bawah unsur Tanah. 
Menjadi tempat bergantung.



 Anak kedua  di bawah unsur Air.
Air sudah tentu la penyejuk dihati, penenang dijiwa...saya la tu..ada ke kata kita panas...
Ni yang buat nak jadi air panas ni.



Anak ketiga  di bawah unsur api. Semangat membara...



Anak keempat  di bawah unsur angin.
Tidak dapat dilihat tetapi kehadiranya sentiasa dirasai. 
Dia la tu, saya tahu walau awak jauh, awak sentiasa ada bersama saya. Saya rasa.



Dan bila air disatukan dengan angin pada 24hb August ni, saya takut akan berlaku tsunami lagi. 



Ya Allah, mintak dijauhkanlah. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Fikir positif Sara...Please.
& anak ke lima dan seterusnya ulang balik tanah, air, api dan angin.


20120727

Saya suka free gift


Sapa tak nak barang percumakan?


Pakai ubat gigi Darlie sebab nanti dapat gelas comel ni. 




Kadang-kadang guna Colgate nak dapatkan gelas upin dan ipin yang comel. Minum air Bliss dapat gelas plastic, kadang dapat tapurware comel, kadang dapat bag comel. Makan Mc Donald untuk kumpulkan gelas coco cola. (tak larat nak makan, stop)



Makan kfc kumpul jam comel yang dah tak function. Paling best dapat tabung tembikar kfc..sayang sangat.


Makanan ringan saya Milo Nugget nanti dapat gelas canggih ni.


Sabun sudah tentulah Daia..nanti dapat free pinggan..

Beli kereta pun saya tanya sales advisor...apa hadiah percuma produa bagi?
I love free gift, hakikatnya barang yang tak perlu pun beli..



Tapi saya belum beli minyak Mazola yang cholestrol free ni... 

Tak nampak pun mana kolestrol.




Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...