Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170508

Melawat kawasan Empangan Sungai Selangor

Malu nak cerita, setiap sabtu biasanya aku dengan beberapa kawan belajar aerobik. Aerobik suka-suka, kekonon nak bagi fix sikit. Tetapi idak nampak lagi perubahan, cikgu dah cancel kelas.  Bengan betul rasanya.. Kasut pun berapa kali je baru rasmi.



Jadi sabtu lepas, berjalan-jalan sekitar Kuala Kubu Bharu tanpa hala tujuan, sampai terjumpa tempat cantik ni..


Payah sungguh nak ambil gambar sekarang. Ikut mood dia. 


Kawasan empangan air Selangor. Cantik pemandangannya..


 Rasa heaven je.. tenang je nikmati udara segar waktu pagi.


Kat sebelah empangan ni ada kawasan tinjau. Boleh tengok penerangan, ada guide jugak kalau nak tanya apa-apa. Tapi aku malas, just senyum-senyum je..malas nak tanya apa.. dasar hihi..


 Luth, saja nak naik tangga, lepas sampai kat atas..tiba-tiba dia jadi takut. Itu yang duduk akhirnya.


 Buat peace dengan daun kayu 

Tiba-tiba feeling nak duduk sini.. tenangnya.


20170503

Abang bawak balik Loofah

Encik abang ada bawak balik rumah lama dulu. Lama sangat dah tak ingat bila. Masa dia bawa balik ni aku seronokbetul. Sebab aku ada ternampak orang share kebaikan Loffah kat fb. Teruja aku, simpan baik-baik. Kemudian, lupa. Semalam tengah-tengah kemas dapur terjumpa benda alah ni balik. Dasyat betul dapur aku, berbulan-bulan baru jumpa sesuatu benda yang aku simpan. Bayangkan besarnya dapur aku. Uik.



Jadi sejak semalam, dapat rasmikan Loffah dibilik mandi.. Memang best guna Loffah ni. Tapi aku sental kulit Luth dia cakap sakit, eleh eksyen budak tu..kulit halus tu.

Ni pokok yang aku goggle. Nak tanam macam tak ada ruang rumah sempit aku. Tapi serius best.





Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...