Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170828

Sebelum dan Selepas, Merdeka

Dulu masa muda remaja, kat rumah mak kat kampung ada mesin jahit manual yang guna kaki tu. Sekarang pun masih ada, boleh lah takat nak jahit simple-simple tu... Baru ni balik raya,  my laki beli seluar panjang kemudian tak ada service potong kaki. Jadi, aku tawar diri nak potong dan jahit. Tahu, laki aku macam tak percaya, tak pernah hayat dia tengok aku jahit guna mesin jahit.. Jadi, aku tunjuk pandai setelah bertahu-tahun tak pegang mesin jahit mak, tolong jahitkan... ketar jugak..takut senget... huh.

Baru-baru ni aku beli mesin jahit mini kat Lazada. Beli dengan niat nak jahitkan seluar-seluar yang koyak sikit-sikit tu.. setelah datang keyakinan lama tak menjahit. 

Gambar sebelum 

Inilah hasil mesin jahit aku yang pertama.. terus jahit baju Luth. 
Gambar selepas jadi baju. 2 malam hayat baju ni.. pakai buang, haha... 
Ni pun, Luth bukan main gembira lagi dapat baju bendera ni...


Selemat hari medeka, frend..


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...