Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160505

Bunga-bunga Ungu belajar berbunga

Assalamualaikum, mulakan dengan Bismillah.
Ya Allah, indahnya ciptaanmu. 

Since, aku baru je start jadi part time tukang kebun.. tak banyak bunga yang aku boleh show off. Ni bunga-bunga purple yang dikebun kecil aku.  Baru mula belajar nak berbunga kecuali bunga telang.

Bunga Ruellia

Banyak anak pokok merata, rasanya merebak anak benih dari rumah jiran sampai ke rumah aku. Sebelum ni aku tak kisah pun bunga ni, tapi bila tengok orang tanam cantik terus aku ambil anak pokok tanam dalam pasu juga.

Bunga telang

Bunga telang yang tak pernah berhenti berbunga. Sekarang sejak aku tahu, khasiat bunga ni..rajin pula aku mengutip keringkan nak buat teh bunga lah konon.


Bunga torenia

Bunga ni ambil kat rumah mak kat kampung. Merata tumbuh, bila tengok kakak ipar aku tanam dalam pasu macam cantik..terus korek bawak mari sini jugak. Aku ada satu kaler lagi, ingat dah pupus semalam tengok dah berunga..purple muda.. Senang hidup, cepat mati..cepat hidup...

Tak sabar nak tunggu esok, esokkan jumaat..lusakan cuti... '-^

12 ulasan:

  1. Lepas ni bolehlah buat nasi kerabu hari hari ye PB hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi pandai.. kerabu tak pandai..

      Padam
  2. menjadik tanaman ko...cantik lak tuh bunga..

    BalasPadam
  3. Cantiklah PB
    Kakak tak ada bunga yg last tu
    Bunga telang kakak ada tanam kat rumah sewa akak dan memanjat pagar dah..
    Setakat nak buat nasi kerabu bolehlah..

    BalasPadam
  4. Cantik munge-munge purple semua. Macam tak percaya aje semua PB yang tanam sendiri. Tapi kalau I yang tanam, lagilah orang tak percayakan!

    BalasPadam
  5. Geram tengok, kat umah ni ada bunga alaala di atas tu kemunting ke kemuning adoi tak sempat nak google tapi ada jasmine mewangi sangat bunga melur baru ingat :)

    BalasPadam
  6. Waalaikumusalam PB :)

    BalasPadam
  7. Senang la nak buat nasi kerabu..dh tanam bunga telang.klu macam sy kena guna pencelup je.sedih kan..komen macam selalu je buat nasi kerabu.padahal baru sekali seumur idup.hahaha

    Purple sgt menawan kan

    BalasPadam
  8. Cantiknya dear...
    Cemburunya knor tgokkk sbb sekangkang kera pun tak hador tanah nak berbakti

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...