Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160718

Flora dan Fauna Selepas Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya yang terlambat sudah..

Aku balik raya dekat seminggu juga. Balik kampung, panas sungguh kat kampung, teringat juga pokok-pokok bunga takut kering kontang. Bunga torenia memang dah mati kering. Lagipun sebelum balik kampung dah nampak tanda-tanda penuaan. Tak apa, nanti naik pokok-pokok baru yang lebih cantik harapnya..

Bunga vinca yang aku semai dari biji benih, banyak yang tak sempat berbunga dah mati..tak pandai jaga. Akhirnya, hidup sepokok berbunga purple comel.. ^-^


Ada juga Vinca putih pink kat tengah yang baru belajar berbunga..


Vinca putih tegak. Vinca kampung..rasanya yang ni ada khasiat dari segi perubatan aka kemunting cina putih.


Lagi bunga vinca pink muda.. Comel je sekuntum..Harap panjang umur dia..


Tengok pokok kunyit aku dah kuning daunnya.. Bila lerai ubinya, eleh berapa ketul je dapat. Ingat kunyit dah tua, rupanya daun lecur kena panas.. 


Kemudian, ayat Luth balik bawak udang besar. Kali pertama dapat. Tak sangka ada udang kat lombong tepi rumah ni.. 


Mula-mula Luth excited sangat nak pegang udang, Pegang sikit ambil gambar...


Terus dicampaknya udang.. Kejut Luth, sambil pegang perut.. ^-^


Hujung minggu yang penat..berkemas luar dalam rumah..
Sambil-sambil pergi makan rumah jiran-jiran..
Selamat Hari Raya lagi...

9 ulasan:

  1. pokok kunyit nabilah pun, xmau berdaun dah sejak pindah pasu..
    xtau la nak buat camna, bg sihat blk..huhu

    BalasPadam
  2. ahaaaa..kejut sampai pegang pewut..lucu tengok Luth ni

    BalasPadam
  3. Lawa juga bunga ni te..aeuh nk menaip kemain susah nama bunganya.haha..

    udang besar sungguh mana la tak terkejut si luth.huhu

    BalasPadam
  4. Samalah dengan pokok kunyit bunda... daun nya meriah dan lebar2... tapi jarang ambil/guna daun nya lecur kena panas.. bergulung dek makan ulat daun pun ye jugak....last2 bunda potong2 buang..

    Sekarang dah musim hujan... baru nak tumbuh daun2 baru...sehari dua ni nampak masih segar.

    Salam syawal dari Bunda...

    BalasPadam
  5. Selamat hariraya, PB. Kita ni pun baru hari ni muncul di alam maya. Malas menimpa-nimpa diri. Betul-betul malas!

    BalasPadam
  6. Pokok2 bunga kat atas tu byk umah mak lady.. Tp cpt matinye.. Tp sblm mati byk tinggal zuriat.. 😍😍😍

    BalasPadam
  7. Seram agaknya Luth tengok bersungut banyak gitu. Tu yg dicampaknya tu hihi....

    Bestnya ada daun kunyit tepi rumah ye PB

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...