Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170208

Biji lada kering dah jadi pokok lada


Beberapa hari lalu, sepupu encik abang datang rumah. Dari bilik belakang rumah boleh nampak ada pokok lada. Masa tu, ada buah lada yang merah-merah sedang masak.



Bila aku cerita, pokok lada ni asal biji lada kering. Dia jadi teruja nak tanam juga. Ha,ha, siap pesan kat  husband dia nanti balik nak cari lada kering…




Asalnya benih lada tu dari biji lada kering. Mulanya, dia macam tak percaya juga, boleh ke tanam biji lada kering? Ye, boleh. Pokok lada ni, bukan pokok lada kering pertama yang aku tanam. Sebelum ni pun dah beberapa kali tanam.




Lada kering yang dibeli kat pasar tu, biasa aku belah buang biji sebelum direbus dan diblend. Bila kau ada sawan berkebun macam aku, semua biji yang kau jumpa kau akan feel nak tanam. Aku pernah kena sawan teruk bila minum air limau ais kat kedai pun, aku letak biji limau kasturi dalam tisu nak buat balik tanam. Oh my God. Masa tengah sawan lah..lepas tu, bila malas habis semua mati kekeringan pokok aku tanam tu tak terjaga.


Tanah sekangkang kera belakang rumah.



Biji lada kering yang aku tabur dah mengeluarkan hasil. Tabur je kat tanah. Untung-untung naik, dah naik. 

Senang betul aku berkebun.



15 ulasan:

  1. ALhamdulillah..rezeki kan..tak tau tapi berbuah..memang rezeki tu..tabur banyak banyak lagi tau..

    BalasPadam
  2. inshaaALLAH moga ada hsilnya. org kata berbudi pada tanah ni bagus. tp mmg bgus pun kan =)

    BalasPadam
  3. Bagusnya dah ada bakat berkebun tu. Tak pernah lagi SB cuba tanam guna dari biji lada kering..boleh try kot pas ni

    BalasPadam
  4. abis kwn tu ingat sebelum jd lada kering mcmne bentuk dia heheheh
    msti lah blh di tnm lada kering tu, menjadi lada biasa sblum di keringkan

    BalasPadam
  5. takde serangan ek, kita tanam mesti siput babi datang serang

    BalasPadam
  6. Bestnye.. Tp mesti sedih pokok2 tu bile xdisiram n dibaja. 😭😭😭 diberi peluang hudup, belum sempat menabur budi dah mati. Huhu

    BalasPadam
  7. PB memang rajin lah..bila lah nk kena sawan berkebun cam PB ni

    BalasPadam
  8. Saya dulu tanam lada. Benihnya biji lada kering. Dia tumbuh. Berbuah tapi ladanya tak kering.

    So, saya biarkan kat pokok tu.

    BalasPadam
  9. Saya dulu tanam lada. Benihnya biji lada kering. Dia tumbuh. Berbuah tapi ladanya tak kering.

    So, saya biarkan kat pokok tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah? lada kering? kena kering dulu lah br jd lada kering.. biar kat pokok jadi buruklah..

      Padam
  10. Betullah tu tabur ajelah daripada buang dlm tong sampah
    Dia nak hidup ke mati biar aje
    Tapi biasa dalam beratus biji mesti ada yg menjadi pokok
    Tak rugi pun:)

    BalasPadam
  11. saya bukan cili kering , cili busuk dalam plastik , pastu pi tabur je atas tanah . bila musim hujan , tumbuh la dia ... tayar itu pun saya ada tapi tanam jambul nenas ... heh heh heh .

    BalasPadam
  12. hihi...kena sawan pokok tu gamaknya PB....
    Berbalik pada cerita cili daripada cili kering tu bagaimanakah rupa kejadiannya? Mcm cili merah ek? Bukan macam cili padi merah tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hainom, harap2 orang yang tanam cili akan tumbuh cili. Begitu jugak orang yg tanam lada. Harap2 lada yg tumbuh.
      Janganlah pulah tanam cili yg tumbuh nanti lada.

      Padam
    2. Hainom, harap2 orang yang tanam cili akan tumbuh cili. Begitu jugak orang yg tanam lada. Harap2 lada yg tumbuh.
      Janganlah pulah tanam cili yg tumbuh nanti lada.

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...