Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170911

Pindah Kacang botol

Beberapa kali my tok laki dah sound, pokok kacang botol dah menjalar kat pagar. ‘Sapa tanam kacang botol sini?’
Tak lama lagi semak lah pagar ni’.

Duduk kat kampung ada tanah luas-luas, bertanam lalang. Bila duduk tanah sekangkang kera gila nak menanam.

Rasa sayang nak buang, sebab benih ni naik sendiri. Agaknya aku campak benih-benih yang lama dah berkulat kebetulan ada benih kacang botol yang masih elok..naik sepokok.

Bila dah hidup, Sayang pula nak buang.

Akhirnya terpaksa alihkan sebelum besar menyemak pagar depan rumah.

Dekat dapur belakang rumah ada sikit lagi tempat boleh letak dia. Gigih gali balik, masukkan dalam plastik hitam, tercabut habis tanah sebab dia naik celah batu-batu. Tak tahulah mampu bertahan ke tak. Berkongsi dengan pokok peria (kalau tak silap). Pokok peria tu nampak subur sebab memang dah naik dalam plastik ni.





6 ulasan:

  1. moga panjang umur lah pokok kacang botol tuh, hehehhe...

    BalasPadam
  2. Ni nak tanya, gambar tu pokok kacang botol ke pokok peria? Maklumlah den ni bab tanam-tanaman gagal penuh bergaya sejak azali lagi, PB ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiri yg kecut tu kacang botol

      Padam
  3. Best pokok kacang botol ni..senang kalau ada boleh buat ulam kan..sayang la PB kalau musnahkan..elok juga alihkan ke belakang tu...

    BalasPadam
  4. Kalau dah jenis tangan sejuk, campak pokok apa pun boleh tumbuh..

    BalasPadam
  5. Suke aku tgk ko pandai menanam mcm2..

    Niat aku nak tanam cili padi, daun pandan, serai, pastu yg senang2 la dalam pasu (umah aku jenis xdetanah keliling)..tp smp sudah xkesampaian..setiap weekend ade je bende..nak carik pasu ngan tanah pun xde masa..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...