Rozel aku tanam tak nampak tanda-tanda nak tumbuh. Daripada pemerhatian aku, ada dua sebab utama yang menjadi penyebab rozel aku tanam tak nak tumbuh.
Pertamanya, musim jerebu. Udara kotor, anak benih aku tak dapat nak bernafas. Sesak nafas, air pun kurang, matahari pula tak dapat beri sinarnya akibat jerebu.
Keduanya, sebab paling utama tanah semaiannya panas sangat. Terlebih tanah bakar. Tak apalah, nanti senang-senang aku tanam lagi sekali. Laki aku kata, jiran kami ada tanam pokok rozel nanti boleh minta benihnya.
Aku teringat kat arwah tok ayah aku.
Zaman kanak-kanak, banyak masa aku habiskan dengan dia. Ma aku berkerja, jadi aku selalu ikut tok ayah. Kami ada tanah kebun kecil dibelakang rumah. Ada pokok durian, rambutan, langsat duku dan macam-macam lagi. Ada juga ditanam sayur untuk makan harian. Tok ayah suka bertani, dia petani tetapi seingat aku masa tuanya cuma bertani untuk makan sendiri sahaja.
Tok ayah sudah tua tetapi dia suka tanam pokok rambutan dan durian. Aku bertanya, sempat ke tok ayah nak merasa rambutan ditanamnya? Kata tok ayah, buah durian kami makan hari ini juga bukan Tok ayah tanam. Tak apa, nanti anak cucu tok dapat merasa.
Bila dia sudah tiada. Kami masih dapat merasa buah rambutan ditanamnya bila sesakali pulang ke kampung. Itupun kalau kena musimnya. Pokok durian dah tak menjadi, mungkin kerana tak ada siapa menjaganya.
Sampai hari ni, tak ada sepokok pun aku tanam buat anak cucu aku.
Rajinnya awak...senang rumah ada laman... bagus2 :)
BalasPadamrajinnya menanam..bagus berbakti pd tanah..saya pon takde apa y ditanam untuk anak cucu..
BalasPadamberbudi pada tanah dah tentu nampak jasanya..
BalasPadamBest bila ada tanah sendiri, boleh bercucuk tanam dan hasilnya boleh dinikmati oleh anak cucu nanti :)
BalasPadamKat asrama nephew aku depa tanam roselle melambak-lambak. Senang aje nak tumbuh. Aku? Huh tak reti pun.
BalasPadamRajinnye lahai..kalau tgn daku duk menanam mau xtumbuh2 pokok tuh..tgn pengkau mmg gitu laaa,.hehhe
BalasPadamroselle ni ikot tanah mungkin sbb area umah mak sy, byk tumbuh melata walhal x d tanam & d jaga pun...
BalasPadamkalau kat kampung sy, roselle ni tumbuh meliar gitu je.. daunnya tu ada org ambil utk buat masak asam pedas.
BalasPadamhmm..part tanam pokok buah buahan tu. dulu masa usia 16tahun sy ada tanam pokok rtambutan. sempat saya makan hasil air tangan sendiri.. tu la kan bila berbudi kepada tanah..
sy pon tak pernah tanam apa2 untuk sesiapa... tak minat gardening...
BalasPadamBestnya bley bercucuk tanam. Tak per...bley tanam roselle lagi. Harap2 menjadi lah yer.
BalasPadamp/s: Cheesecake tu griskan loyang ngan planta jer. Tak yah letak kertas pon tak per. Bakar mcm biasa. Saya tak buat pon kaedah letak loyang dlm air & tutup keliling loyang ngan aluminium foil. Menjadi jugak cheesecake nya ☺
ok2..ingat2 nanti kalu jd boleh wat report haha..
Padamkalu senyap je tu antara x terbuat @ x jadi.
At least kalau dapat tanam untuk anak cucu cicit kira oklah. Ini saya pun memang tak tanam apa-apa untuk mereka. Dah namanya tangan tak hijau macam Hulk, tanam apa pun sendiri tak sempat tengok benih bercambah, mati semuanya *_*
BalasPadamkalau SB tanam lagi tak hebakkk..kompom tak hidup..yang suburnya lalang saja..
BalasPadamjem dan air roselle memang sedappppp :)
BalasPadamPokok roselle pun susah nak bernapas bila jerebu ni ye PB.. senyum sorang akak baca entri PB ni :)
BalasPadamsedihnyaaa..saya pun tak ada tanam pokok utk anak cucu lagi...
BalasPadamuiiiii rajinnye mike yong........
BalasPadamroselle ni bagoihnye... bleh buat jem...dengan jus roselle..... buat banyak bleh simpan lama....
awok ada tanam pokok cabai... cabai beso udah meghase hasilnye..... cili padi belom lagi ....sebab baghu keluo tunas...... tapi awok heghan ngape... lepas je berbuah kali pertama... cabai beso awok tak berbuah sampei sekaghang...walopon asik berbunga???.....
roselle ni buat air sirap ke bunga ros eh? roselle n ros lain kan...
BalasPadamisi tabung ford :P
BalasPadamxpelah teruskan menaman lagi mana tahu ada hasil nyer nanti !
BalasPadam