Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140930

Roselle IV, suburnya bumi

Aku campak dan nampaknya macam ada gaya dah nak tumbuh.


Aku memang excited nak tanam roselle walaupun depan rumah tanah sekankang kera pasal bunga ni bukan sahaja rasa dia sedap. Masam manis macam ribena tetapi kerana khasiatnya yang banyak.

KHASIAT ROSELLE

Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah, berkata Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. 

Roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan
  • vitamin C, mineral dan serat. 
  • pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. 
  • hampir 486mg kalsium
  • mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.

Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi

Kandungan Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. 

Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
  • Mencegah penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah kanser
  • Demam panas/selesema.
  • Resdung (alergi) dan lelah (asma).
  • Stress/sukar tidur
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengubati pening kepala/migraine

Biar rosella besar sikit, nanti kita fikir nak alih ke mana pokok ni.



13 ulasan:

  1. dah kluar anaknya..moga hidup dengan subur lepas ni

    BalasPadam
  2. wah..dah menunjukkan tanda2 nak tumbuh tu PB.. mudah2an menjadi ya...:)

    BalasPadam
  3. Oohhh...macam tu ke tumbuhnya...baru tahu!! Haha..

    BalasPadam
  4. Insya Allah.... moga subur dan mekar dan produksi.

    BalasPadam
  5. Bestnya. Smoga subur hendaknya yerp. Dah kluar hasil nnt boleh bagi aku sket...ngeee...☺☺

    BalasPadam
  6. Nanti dah besar share ye...

    BalasPadam
  7. sebut roselle ni mesti terbayang air kaler merah menggoda ^_^

    BalasPadam
  8. Pokok roselle mmg senang tumbuh... hari tu beli benih kat tempat mengajar dan suruh Irfan dan Aisyah main tanam menanam... tak sangka boleh tumbuh dengan subur.... mmg sedap sgt air roselle ni.. kalah air ribena... bagi saya lah...
    Lagi satu boleh tambah air susu bg ibu yg sedang menyusu...

    BalasPadam
  9. Hasil berbaloi-baloi, bila dah start bunga, tengoklah nanti....boleh buat sirap dan jem sekali..sedappppp

    BalasPadam
  10. takyah kalih..nanti dia terbantut..sian dia..

    BalasPadam
  11. tak pernah tgk pokok roselle, pernah tgk bunga nye je..hihi

    BalasPadam
  12. saya pernah tanam ... buat batas , alihkan ke situ . pokoknya besar , jadi perlu ada ruang antara satu pokok dgn pokok yg lain .

    BalasPadam
  13. I tak pernah tengok pokok roselle ni. Bunga pun tak pernah. Cam ni rupanya ye. I confused sikit. Kalau tak tunjuk sungguh-sungguh, I tak tahu mana satu tumbuhan yang bernama roselle dalam gambar pertama tu. Maklumlah tak pernah bercucuk tanam. Pengetahuan zero. Jangan dok gelak!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...