Dulu pagar belakang dapur aku tanam pokok kacang. Lama
sungguh rasanya tunggu nak berbuah. Daun nya, subur merimbun. Sampai lepas
balik kampung hari tu, aku cakap kalau tak berbuah lagi aku nak cabut je.
Kemudian bila aku komplen kat mak, my mak suruh ambil lah
daun dia. Daun kacang panjang boleh buat sayur. Tak pernah aku buat sayur daun
kacang. Tak pelik ke? Lalu aku berkira-kira.. sekarang boleh cuba sayur daun kacang panjang
yang kononnya benih kacang yang sangat panjang dari Sarawak
nuh jauh asalnya. Dari mak saudara, kawan kepada kawan yang duduk Sarawak bagi kat my mak diturunkan kepada aku.
Satu hari tu, bila aku buka pintu dapur yang jarang sekali
nak buka. Maklumlah, sebelah belakang biasa aku buka seminggu sekali jer.
Wow…
Banyaknya kacang-kacang dah berbuah. Panjang pulak tu… aku
percaya sekarang kacang tu memang sangat panjang. Lupa nak ambil gambar sebab
masa tu aku malas update bolg..
Tapi yang tak bestnya, banyak juga yang dah tua. Lepas tu, rutin
petang aku pun kena lah mengutip kacang panjang tu sekurangnya selang sehari.
Sempat juga bagi kat jiran merasa kacang panjang.
Lepas beberapa kali tuaian, daun-daun dah mula kering.
Berbuah pun makin kurang. Benih yang tua, ada terbiar sahaja dipokok. Ada juga aku simpan.
Sikit aku tanam..
Jenis pokok pembelit gini nak kan para.
Pagar belakang rumah peninggalan arwah mak kacang panjang dah kena ambil dengan pokok
labu. Pakcik depan rumah aku bagi. Tak tergamak tak ambil, walaupun aku tak
tahu…aku makan ke labu? Sebab aku dah lupa rasa labu.
Kata pakcik depan rumah aku, daun labu pun nanti boleh buat
sayur, ni dah macam cerita sayur daun kacang panjang aku je.. Agaknya labu
pakcik tanam pun tak keluar buah, tu yang jadi sayur pucuk labu.
Okey, sekarang fikir mana nak letak pokok kacang panjang
aku?
Kalau pacak je kayu boleh ke...
pacak kayu pun boleh.janji ada tempat dia nak melingkar kan.ehh kenapa tak makan labu.sedap tu labu.buat cekodok buat bubur buat kek.huhu
BalasPadamNi labu kuning ek?.. ingt labu sayur..sb pokok pakcik pun x pernh tgok...
PadamMemang boleh dibuat sayur daun kacang panjang dengan daun labu....kalau kami daun2 tu suka buat sayur bening (tumis air).
BalasPadamBukan pucuk labu aje boleh buat sayur. Labunya pun boleh.
BalasPadamBaru malam tadi kakak masak lemak labu + kacang panjang
Sedap tau. Sebab kakak gandingkan dgn ikan sepat masin dan sambal belacan ulam timun. Ikan goreng asam. Bekal hari ini pun sama:)
alamak...rasa terliur plk...
Padamsabar, pokok labu ni kecil lagi...kan botak daunnya...
berbudi pada tanah pasti ada hasilnya
BalasPadamAlamak bru nk tgok kcng tu....hihi
BalasPadamAnak pokok tu bleh bgi kt jiran..phala berterusan tau...Subhanallah
Lma tk kunjung sini...
bila menanam ni..yg seronok bila time petik hasilnya..dpt pulak bg kt jiran2..mmg happy sangat kan..akak pun tak berapa pandai makan labu PB..apatah lg masak..tau makan jer..
BalasPadamKo dah jadi pekebun la skrg PB. aku hanya reti bercucuk tanam kat Farm ville je.
BalasPadamSo, daun kacang dgn daun pokok labu tu ko makan ke tak? Sedap ke tidok?
Belum try. Hr tu.. bila dia strt berbuah, daun dah x subur. Mkn kcg pjg je...
PadamPandainya PB bercucuk tanan yang bermanfaat, jiran ada juga tanam pokok bendi kena cuba kan..
BalasPadamwahhh meriahnya kebun belakang ;) rajin berkebun dan hasilnya memang sangat berbaloi
BalasPadamsis jeles je tgk pokok2 tu . mudah je hidupnya . betul , pucuk muda kacang panjang dan labu memang blh buat sayur ... pokok kacang , kalau malas nak pacak kayu , tanam je kat sebelah pokok yg besar . nanti pokok tu menjalar ke pokok besar tu ...
BalasPadamOrang dah upgrade skill berkebun hah, I masih lagi terpinga-pinga - macam tu ek rupa sayur kacang panjang? First time I nampak tau. Hahaha!
BalasPadamEh, labu I makan tau. Sedap! Tetiba teringat masak lemak labu sebab itu aje sejenis lauk yang I tahulah bila sebut labu ni ^_^
adoi jelesnya tengok semua menjadi..
BalasPadamAlhamdulillah, tgn sejuk sgt PB ni :)