Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160316

Ros Kampung

Baru je tanam beberapa bulan yang lepas dari keratan batang, ambil kat kampung. Kecil lagi pokok dia, tapi rajin sangat berbunga. Tumbuh satu dahan, keluar putik bunga. Tetapi bunga dia tak tahan lama, cepat je kelopaknya macam lebam, buruk. 

Sayang juga, sebab ni lah satu-satunya pokok bunga ros yang aku tanam sejak jadi rajin berkebun ni..

Sejak terrajin berkebun ni, tak ada lagi pokok yang aku beli.. ishk dasar kedekut. Tapi, teringin sangat nak beli pokok bunga ros yang cantik-cantik tu.. nak yang merah menyala macam darah pekat tu... 

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah nenjadi, cantik, saya pun tak beli, tanam dengan batang lagi hidup, bila beli biasa pokok cameron tak tahan.

    BalasPadam
  2. Saya suka tengok tapi setakat ni takde lagi tanam pokok bunga, ada pun pokok bunga kertas hidup segan mati tak mahu.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. Bunga ros kampung ni bau dia yg sweet sangat
    Kakak pun ada tapi buat masa ni bunganya adalah 2-3 kuntum aje

    BalasPadam
  4. oh, ada ros kg ye. Aku tak pernah tau pon bunga ni ros kg. Ingatt spesis lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah...aku main bedal je ckp ros kampung...
      dah ambil kat kampung aku.. nasib aku tak letak nama ros wan esah sempena nama mak aku,..hi

      Padam
  5. Cantik and segar pokok ros kampung. Beli kat nursery selalu tak tahan lama....

    BalasPadam
  6. cantik warnanya jambu.tanam banyak2 mesti harum semerbak baunya..tu yg best

    BalasPadam
  7. Salam. Dulu2 kak ada tanam ros jenis ni. memang rajin berbunga...dah hampir lupa kat jenis ros mcm ni...

    BalasPadam
  8. semangat ky menanam ros merudum sejak semua pokok mati. ala..tengok ros kampung PB subur..bersemangat balik..huhu

    BalasPadam
  9. Dulu arwah mak akak rajin tanam pokok bunga rose kampung..
    Wangi je bila berbunga..
    Tapi tu lah kelopaknya cepat benor gugur..

    BalasPadam
  10. Oh, baru tahu bunga rose ada rose kampung dan rose bandar ya? Tapi tak kisahlah sebabnya I ni kan hampir separuh nama pokok bunga I tak tahu. Sia-sialah kalau nak menjawab soalan I ni!

    Wah, rajin bercucuk tanam sekarang ni ya, PB? Tanamlah pokok buah. Senang-senang nanti boleh I datang tumpang makan sekali ^_^

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...