Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160905

Pokok pisang dah tumbang

Pokok pisang dah ada sejak aku belum menyewa rumah ni lagi. Entah berapa generasi keturunan pokok pisang ni selalu subur dan berbuah..dah tak pernah menghampakan..

Sekarang ni dah start musim hujan, syukur alhamdulillah tak penat sangat nak menjirus setiap hari. Balik kerja petang hari tu, pokok pisang ni dah tersembah bumi. Patah lepas hujan. Berat juga dengan buahnya..

Aku tak tahu apa jenis pisang ni. Kata jiranku, pisang Serendah. Atau sebab aku tinggal kat Serendah orang panggil pisang serendah. Pokoknya, renek-renek je. Buahnya memang tak masak kuning.. 


Buahnya boleh tahan cantik. Tapi tulah, kami sekeluarga jenis makan pisang mentah. Pisang ni memang kurang sikit. Ambil 2 sikat je, peram kat rumah sampai sekarang tak tahu nak buat apa. Lagi, bagi kat jiran sebelah menyebelah.


9 ulasan:

  1. Tak apa PB, kalau belum tua biarkan aje dia patah begitu. Pokok pisang ini memang mudah patah batang bila angin sebab buah banyak dan batangnya kecik. Buat kuih aromanya satu dapur tau guna pisang ni. Kulit dia tak kuning tapi dah masak.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum PB,
    Rezeki PB ada pokok pisang rajin berbuah..

    BalasPadam
  3. Rumah dulu ada pokok pisang..pastu daun selalu ke rumah jiran. Marah jiran tu kat kami..suami pun marah terus tebang. Tak tanam dahla pokok pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok ni pun duk dekat rumah jiran.. tp sy selalu buang daun.. mcm yg ni..tinggal selai daun, nga buah je..

      lepas tu..dah masak..bg bnyk2 kat jiran. dia anak ramai, rajin buat kuih.. haha..ambil hati.

      Padam
  4. Tak pernah dengar pulak nama pisang serendah ni....Sedap ke rasanya PB?

    BalasPadam
  5. Betul tu. Ni pisang serendah. Buahnya X berapa sedap tapi
    sesuai dibuat kuih.
    Tak nak bagi patah, pasang tongkat dekat tandan dia bukan di batangnya.

    BalasPadam
  6. Pisang serendah .. besar2 buahnya ye. Ni pisang utk goreng tu ke?

    BalasPadam
  7. Nama pisang janganlah tanya I ya, PB. Ada kang I beri ajaran salah!

    Bila bercakap tentang pisang, tetiba teringat pengat pisang tau. Alahai, sedapnya!

    BalasPadam
  8. wah syoknya ada pokok pisang..
    klu xsedap mkn mentah, kena masak la kan..
    pisang goreng je la senang.. sedap mkan panas2, waktu petang dengan teh O atau kopi, heee ;)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...