Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160301

Tanam Serai dalam Air

Balik kampung raya cina hari tu my lovelly ma kirimkan batang serai. Macam serai tak ada kat sini kan. Biasalah jadi mak-mak, kalau boleh semua nak kirim kat anak kesayangan bawak balik. Nak anak makan hasil cucuk tanam kampung.


Gemuk-gemuk serai tanam kat kampung, padahal tak terjaga pun. Iyalah, mak aku pun dah migrate ke Bandar. Tinggalkan rumah kampung dan pokok-pokok yang pandai-pandailah hidup  sendiri.

Sebab banyak sangat barang dalam peti ais dengan barang dari kampung. Aku letak je batang serai ni kat luar.


Rendam dalam air je. Mula-mula letak je dalam air paip. 2, 3 hari aku tukar air. Nampak macam tak kering, nak hidup je… aku tukar dengan air tapis.

Berminggu-minggu lepas tu, batang serai ni aku tengok macam betul-betul hidup. Berakar cantik.

Daun yang dah dipotong, celah-celahnya keluar daun baru yang makin panjang. Hidup serai aku, rendam air je.

Bila nak guna, aku potong tinggalkan akar dan keluar anak pokok serai.


Rajin nanti, aku nak tanam kat tanah. Gantikan pokok serai kat laman aku yang hidup segan mati tak mahu.

Harap-harap boleh hidup.


11 ulasan:

  1. Haa... tunggu apa lagi tanam ajelah
    Confirm mesti hidup punya tu. Tanam dlm pasu ajelah PB.

    BalasPadam
  2. kreatif jugak tanam serai dlm air...
    Serai kat rumah sy pun tunggu masa nak berkubur jer... huhuhu

    BalasPadam
  3. ada jiran di taman ni, dia siram ros jepun yg kelayuan-nak mati dgn air kangen tu, baru sihat-segar balik.
    rendam dalam air, mmg keluar la akarnya...
    mmg bo tanam dah ni.. :)

    BalasPadam
  4. ekin buat sokmo... hihihi... sampai tumbuh akar baru tanam kat tanah

    BalasPadam
  5. cepatlah pi tanam kat tanah.dah tentu hidup..dalam air pun naik daun baru..senang pasni nak masak petik je serai.klu sy ni sekali nak masak baru pulun cari kat kedai.huhu

    BalasPadam
  6. Kita pun rasa nak tanam serai jugalah. Manalah tahu kali ni menjadi petani berjaya. Kita kalau beli serai macam nak masak kenduri tau tapi sampai kering serai tu kita tak guna. Maklumlah masak pun seminggu 2,3 kali aje!

    PB, cepat-cepatlah tanam serai tu. Kalau merimbun, you call me, I come to your house ler petik serai demi mengeratkan silaturrahim katanya ^_^

    BalasPadam
  7. Lepas ni cari baldilah PB hihi....banyak sikit dapat tanam weyh

    BalasPadam
  8. Hehehe.. kite tanam dekat tanah, habis kurus slim je pokok serai kita. Masa dapat dulu sikit punya gemuk serai tu. Lepas ni ingat nak alihkan dari tanah tanam dalam pasu pulak tengok apa jadi..

    BalasPadam
  9. cantiknye pokok serai....rietta belom pernah tanam serai cara gini...boleh la cuba....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...